Friday, September 26, 2008

SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA PENGUNJUNG RUANG RINDU 2008!


Get Hari Raya Graphics Here



Sekejap sahaja sudah tiba masanya kita menyambut kedatangan lebaran yang dinantikan oleh semua umat Islam. Bagaimana dengan anda? Sudah membuat persiapan raya? Mudah-mudahan apa yang dirancangan akan terlaksana dengan izin daripada-Nya.

Di kesempatan ini, abby ingin menyusun 10 jari memohon keampunan dan kemaafan sekiranya terdapat kasar bahasa atau lepas laku yang abby tak sengajakan sepanjang layanan abby buat semua pengunjung Ruang Rindu. Sebagai manusia biasa, sudah tentu abby juga tidak lari daripada melakukan kesilapan, jadi di hari yang mulia maafkan abby jika ada terlebih rencah dalam bicara abby mahupun gurauan abby.

Selamat Hari Raya Semua! Maaf Zahir dan Batin!


Get Hari Raya Graphics Here

Sunday, September 21, 2008

Hadiah Di Aidilfitri 2008

Thank You Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Bagaimana hendak saya ungkapkan dengan kata-kata kerana sememangnya tiada kata-kata yang mampu melakarkan sebarang ungkapan selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Sesungguhnya saya memang terharu di atas apa yang dilakukannya terhadap diri ini. Terasa diri amat dihargai dan disayangi. Hanya dialah satu-satunya yang sering memberi kejutan tanpa mengira ruang waktu. Dan setiap kejutan yang diberikan pada saya membuatkan saya sangat-sangat terharu.

Semalam merupakan hari membuat kuih raya. Sebaik sahaja selepas Subuh sehinggalah melewati waktu dinihari. Sampai pukul 12am beb baru habis semua resepi dan mengemas rumah. Letih teramat sangat. Dalam kerancakkan membakar dan menekap kuih, tiba-tiba sahaja abah saya menghulurkan satu bungkusan. Terkejut menerima bungkusan yang tidak saya duga. Bila melihat nama pengirimnya mampu membuatkan saya tersenyum sendiri kerana dirinya amat saya rindui di kala ini. Nasiblah masa tu dah basuh tangan, jadi bolehla buka kiriman daripadanya.

Sebaik sahaja isi terburai, saya terkesima seketika melihat pemberian hadiah di Aidilfitri yang sungguh bermakna. Tiba-tiba hati rasa terharu yang amat sangat kerana selama ini, tidak pernah ada seorang pun yang memberi hadiah di Aidilfitri selain kad raya. Namun, tahun ini amat bermakna sekali sambutan Aidilfitri buat diri ini. Nak tahu apa hadiahnya ... sepasang baju kebaya batik sutera yang belum siap. Ingatkan nak pakai pagi raya tapi sayangnya ... tak ada orang nak ambil tempahan. Jadi, terpaksalah simpan untuk Hari Raya Aidiladha ... hehehe ...

Thank You Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Sis, Ara Suhara,
Sis, kehadiran U dalam hidup I memang amat bermakna sekali kerana U telah memberi peluang pada I untuk merasakan Dakapan Kasih seorang kakak. Persahabatan yang telah terjalin, kini telah menjadi satu tali silaturrahim kekeluargaan. I bersyukur sangat kerana dikurniakan seorang kakak sebaik U dan sentiasa di sisi I ketika I memerlukan U.

Sis, apa saja yang U lakukan pada I membuatkan I amat terharu dan terasa diri amat dihargai dan disayangi. Asalnya daripada Penggemar Novel Hanya Dikau, kini U telah menjadi penting dalam sebahagian hidup I. I nak U tahu Sis, I sayangkan U dan diri U sentiasa dekat di hati ini. Walau ke mana I pergi, sebaris nama U tak kan mungkin tertanggal daripada terus tersemat di dalam hati ini.

Thank You Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Sis, I tak tahu bagaimana U tahu kegemaran I dan warna kebaya pemberian U memang kegilaan I. Hitam itu kan menawan, hehehe .... Sekarang ni dah tak sempat nak buat baju, mungkin masa Aidiladha nanti I gayakan baju pemberian U. Dan apa saja yang U berikan pada I, amat-amat I hargai.

Terima kasih sis kerana sudi hadir dalam hidup ini. Terima kasih sis kerana membuat diri I begitu penting dalam hidup U. Terima kasih sis kerana sudi berkongsi segala suka duka dengan I. Terima kasih sis kerana sudi menjadi tulang belakang I ketika I amat memerlukannya. Terima kasih sis di atas segala-galanya. I meant it.

Thank You Myspace Comments
MyNiceSpace.com

P/S: Untuk kakak-kakakku yang lain iaitu Kak Mas, Kak Lara, Kak Syima Syawal, Kak DS, Alyze, Kak Long Pu3Imaneisya dan semuanya sekali, kehadiran anda juga amat bermakna dalam hidup ini. Terima kasih kerana sudi berada di sisi ini. Mwaahhh .... sayang korang.

Thank You Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Thursday, September 18, 2008

Selamat Hari Lahir Ku Ucapkan ....

Happy Birthday Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Untuk Sahabat dan Guruku,

Johan, Ainul Razlin dan Cikgu Qanaah,

Salam Sejahtera Di Hari Bahagia
Moga Hari-Hari Yang mendatang
Akan Tampak Keceriannya
Bersama Sebuah Semangat Yang Utuh
Bagi Perjalanan Kehidupan
Yang lebih Gemilang

Salam Sejahtera Di Hari Bahagia
Moga Hari-Hari Yang Kau Lewati
Akan Tampak Kematangannya
Bersama Masa Yang Berlalu
Meniti Arus Pancaroba Alam
Untuk Kesejahteraan Hidup
Di Alam Maya Ini

Salam Sejahtera Di Hari Bahagia
Semoga Hidup Mu
Diserikan Sinar Gemilang
Bersama Sebuah Pengharapan
Yang Kau Impikan
Kan Menjadi Kenyataan

Namun
Ketakwaan Dan Keimanan
Jangan Dilupa
Sematkan Dan Bekalkan Ia
Di Dalam Jiwa
Agar Hidupmu Akan Lebih Ceria
Bersama Impian Abadi

Happy Birthday Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Semoga Hari Ini Akan Memberi Seribu Makna Dalam Hidup Anda.

Happy Birthday Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Dakapan Kasih Terbitan Roket Kertas - Kini Di Pasaran

Syukur Alhamdulillah, akhirnya penantian saya selama setahun terhadap novel sulung ini di penerbitan Roket Kertas kini di pasaran. Mungkin inilah hadiah Aidilfitri daripada Roket Kertas kepada saya. Terima kasih Abang Ahadiat Akashah kerana memberi peluang kepada saya untuk berkarya di bawah naungan syarikat abang dah juga memberi tema yang jarang saya utarakan di dalam novel saya.

Saya tidak tahu bagaimana penerimaan anda penggemar karya saya terhadap novel ini kerana ia sememangnya lain daripada yang lain. Kali ini saya mengangkat tema bagaimana seorang ibu tiri muda dicintai oleh ayah dan anak sekaligus. Irene Darvinna berkahwin dengan lelaki seusia ayahnya sendiri demi memenuhi permintaan seseorang. Dari situ, pelbagai dugaan yang dihadapi oleh gadis berjiwa kental ini.

Mudah-mudahan karya ini dapat diterima oleh semua. Teguran anda adalah ubat yang paling mujarab untuk saya memperbaiki segala kelemahan diri yang ada. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. Saya amat-amat menghargainya.

Promo novel ini boleh anda dapati di ruangan Promo Novel saya.

SINOPSIS

DAKAPAN KASIH

Dakapan kasih seorang ibu merupakan dakapan kasih yang terbaik untuk insan di dunia ini. Meskipun dia hanyalah seorang ibu tiri. Dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu walau dia sering dihina dan kehadirannya di dalam keluarga itu disalahertikan. Bukan dia yang pinta untuk ditempatkan di dalam rumah agam itu. Demi memenuhi permintaan seorang yang sedang nazak membuatkan dia akur dan menerima takdir Allah.

Namun, pelbagai dugaan datang melanda sejak dia bergelar isteri kepada lelaki yang sebaya bapanya itu. Dia dibuang keluarga sendiri. Anak tirinya pula jatuh cinta terhadapnya. Namun, ada juga anak-anak tirinya yang mengasihinya dan menerimanya sebagai seorang ibu. Tetapi ada juga yang berusaha untuk menyingkirkannya daripada terus berada di dalam keluarga itu.

Namun, sampai bila dia harus bersabar dan menerima segala dugaan yang datang melanda ini?

Wednesday, September 17, 2008

Kenangan Di Bulan Ramadhan Tahun 2007

Semalam … tiba-tiba sahaja teringin nak pergi Bazaar Ramadhan. Dah berhari-hari puasa, masih belum menjejaki kaki ke Bazaar Ramadhan lagi dan akhirnya hajat dihati termakbul apabila ajakan saya diterima oleh mama. Sebenarnya, saya nak cari kuih pelita/tako (kuih kegemaran di bulan puasa selain cucur badak. Hehehe), sebab tu nak pergi juga.

Baru menjenguk-jenguk kuih mana berkenan di hati, tiba-tiba sahaja badan saya disentuh. Terkejut saya! Nasib baik saya tak sigung dengan siku, ingatkan mamat mana ke yang sengaja nak sentuh menyentuh ni (maklumlah orang ramai berasak.) rupa-rupanya, Mazira kawan lama saya. Lepas juga rindu padanya. Namanya ada saya muatkan dalam novel Tangisan Dalam Kerinduan.

Lepas tu, saya mula mengatur langkah kembali dan tiba-tiba sahaja saya terdengar nama saya dilaung dengan kuat dan berkali-kali.

“Ebriza! Ebriza! Mailah beli nasi beriayani!”

‘Eh, sapa pulak yang panggil aku suruh beli nasi beriayani? Aku tak mau beli nasi beriayanilah.’ Gerutuku di dalam hati.

Suka-suka hati saja suruh saya beli nasi beriayani sedangkan saya memang jarang makan nasi waktu berbuka. Ratah-ratah saja. Apabila nama saya dilaung sekali lagi, saya pantas mencari siapakah empunya suara yang menyuruh saya beli nasi beriayani. Rupa-rupanya …

Ya Rabbi … Mere puranni dost. Hehehe … Tahu ke maknanya? Maknanya, kawan lama saya. Mula-mula tu saya tak kenal tapi bila ku tenung-tenung dan ku belek-belek barulah saya kenal siapa jejaka kembar itu. Mereka adalah Hamdullah dan Nasrullah. Rasa-rasa macam pernah dengar tak nama ni? Di mana ye? Fikir … jangan tak fikir. Tak kanlah korang tak ingat pada empat jejaka poyo dalam novel KAU YANG TAK MENGERTI tapi mereka ni tak poyo tau in real life. Dorang berdua ni dah kahwin.

Dah jumpa kaibigan, haa … masih tak faham? Maknanya sahabat, apa lagi rabung boraklah. Macam2 cerita yang bertukar dalam masa sesingkat itu. Nak support kawan punya pasal, saya pun terpaksalah beli sebungkus nasi beriayani ayam mereka yang last kopek sebab dah habis licin dalam periuk, tu je yang tinggal. Sajalah nak rasa … Sedap ke tidak … Kalau sedap baru boleh beli lagi. Kalau tak sedap, itu yang pertama dan terakhir. Lepas tu saja baru saya pergi cari kuih pelita/tako tapi punyalah frust menonggeng sebab kuih tu dah habis … Huhuhu …. Gara-gara nasi beriayani, kuih pelita/tako tercicir. Tak pelah …. Kawan punya pasal.

Masa berbuka, saya tuju nasi beriayani ayam tu dulu. Kunyah punya kunyah … mak datuk … sedapnya nasi bariayani ayam hujan panas mereka. Terangkat wei. Patutlah licin periuk. Memang kaw punya mamak penang nasi beriyani. Nanti boleh ler pergi beli lagi. Mereka juga ada buat katering. Kalau nak tempah silakan tapi area penang sajalah. Senang sikit kerja saya kalau ada apa-apa kenduri, boleh tuju terus pada katering mereka. Sempat pesan lagi suruh saya mai gerai depa tiap-tiap hari. Baru turun berat badan … apa depa nak suruh pulak ka … minta maaflah … cek tak sanggup. Nak turun bukan main susah lagi tapi kalau nak naik berat badan bukan main senang lagi. Cek nak raya sakan … Ham & Nas, senang-senang nanti cek mailah ye …. Hehehe .

Okeylah … Selamat Semua!

Sunday, September 14, 2008

Kenangan Pulang Berhari Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera ....
Pekhabar anda semua? Sihat? Dah dekat nak raya kan ... pasti semua dah beli tiket untuk pulang ke kampung masing-masing. Ucapan saya ... selamat pulang berhari raya dan berhati-hati di jalan raya. Tak lari kampung yang dikejar. Dan service kereta dulu sebelum pulang demi keselamatan anda semua.

Bercerita pasal balik kampung ni ... saya juga mempunyai kisah yang tersendiri. Walaupun kampung mama dan abah semuanya di Penang, namun cerita balik kampung ni ketika saya dan adik perempuan belajar di UiTM Shah Alam. Kisah sedih, hampir-hampir terkandas di perjalanan ... cuak je muka kita orang masa tu. Hahaha ....

Imbauan Balik Kampung

Pagi-pagi lagi saya dah bangun ketika berada di rumah sewa Seksyen 18 Shah Alam. Maklumlah hari ni dah nak balik Penang, so tak sabar-sabar lagi perasaan ini. Gembira, rindu pada keluarga semuanya bercampur gaul. Masa terasa lambat benar nak balik. Tiket bas pula pukul 3 petang. Akibat tak sabar punya pasal, dalam pukul satu ptg saya, adik dan kawan adik yang bernama Ina dah ada di stesyen komuter. Bagi kami biar awal asalkan tak terlepas bas.

Tapi yang geramnya masa tu hujan punyalah lebat dan tak mau berhenti. Makin lama makin lebat sampaikan komuter tak boleh berjalan sebab stesyen di Batu 3 dah banjir beb... dari pukul satu tibalah ke pukul dua ... pastu ke pukul 3 ... waaa ....waaa .... macam mana ni ... bas dah bergerak kita orang terkandas di Stesyen komuter Shah Alam. Ina cuba telefon sepupu dia untuk ambik kami ke stesyen KL tapi kami terpaksa berpatah balik ke stesyen komuter sebab kereta langsung tak boleh gerak. Hujan terlalu lebat.

Muka masing-masing ... ya rabbi ... dah macam semacam ... tinggal nak banjir je kat situ, tambah-tambah lagi bila dengar dorang pasang lagu Allahyarham Sudirman – Balik Kampung. Waa waa ... kami nak balik ... saya pandang muka adik ...

“Macam mana ni? Bas dah terlepas?” Muka adik dah cuak tahap maksima sambil memandang jam tangan yang sudah merangkak ke angka 4 ptg.

“Tak kira ... nak balik juga. Kalau kena duduk atas lantai bas pun sanggup asalkan dapat balik. Kalau tak dak juga ... kita naik flight.” Kata adik. Saya hanya mengangguk. Tunggu punya tunggu akhirnya, dalam pukul 6ptg, barulah stesyen komuter dapat berjalan seperti sedia kala.

Setibanya kami ke Stesyen KTM KL, terus kami ke Plusliner (Bas kegemaran kami semasa pulang ke kampung atau ke KL semula). Kami tanya kepada pihak Plusliner tentang bas kami yang terlepas. Bagaimana kami nak pulang. Hari Raya tu ... hari lain kami tak kisah sangat boleh postpone balik Penang. Nasiblah pihak Plusliner agak prihatin dengan masalah kami dan dia cakap, kalau bas kosong boleh muat. Yang kelakarnya, adik saya terus berkata dengan selamba,

“Kalau penuh pun tak pe, kami boleh duduk di lantai asalkan boleh balik Penang.” Kah kah kah .... tersengih pihak plusliner. Saya dah malu masa tu tapi tahan je laa sebab kami memang nak balik laaa ...

“Kita tengok dulu macam mana.” Itulah kata Pihak Plusliner.

Akhirnya kami dapat balik sebab bas terakhir pada waktu malam tu memang kosong walaupun kami terpaksa duduk di bahagian paling belakang sekali. Tak kisahlah .. janji dapat balik, yahoo ... Balik Kampung .... ooo Balik Kampung ....

Selamat Balik Kampung semua!

Sudirman ( Sudirman )
Balik Kampung Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak samaI
ngin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlaguS
emuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti( ulang dari mula )

Wednesday, September 10, 2008

Kenangan Di Bulan Ramdhan ...

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog Ruang Rindu ... Rindu ke ... hehehe ...

Sebenarnya, di dalam bulan yang mulia ini, saya sengaja ingin membawa anda kembali ke zaman kenangan saya ketika saya berusia 16 tahun. Kenangan di bulan Ramadhan. Agak indah dan mampu membanggakan saya.

Selepas sahaja usai solot Subuh, saya kembali menarik selimut. Maklumlah hari Sabtu, ambil peluang untuk tidur lebih lama sikit. Namun, lena saya terganggu apabila mama mengetuk pintu bilik agak kuat. Terpinga-pinga saya membuka pintu bilik. Ingatkan apa dah jadi .... rupa-rupanya ...

“Ada berita gembira nak beritahu hang.” Kata mama. Saya memandang serius kepada mama.

“Apa dia?” Tanya saya dengan wajah yang masih mengantuk.

“Tadi, mama telefon Kak Zie penyampai radio 3 Pulau Pinang. Dia minta buat satu karangan berdasarkan tajuk ‘Impian Syawal’ yang paling kreatif untuk menang hadiah masa raya nanti.” Jelas mama. Pecah mengantuk saya sebab saya memang berminat untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Radio 3 Pulau Pinang. Ini kerana saya memang mencintai penulisan kreatif, lalu saya meminta mama menjelaskan dengan lebih lanjut kerana masih blur ... kihkihkih ...

“Macam mana tu mama? Tak berapa fahamlah.” Saya dah seret tangan mama agar dia boleh duduk di atas katil.

“Contohnya macam ni, andainya raya ni hang dapat benda yang tak pernah hang dapat dan apakah hang akan buat dengan benda tu. Kak Zie bagi contoh, selama ni hang tak pernah RM100 duit raya, sekiranya tahun ni hang dapat, apa yang akan hang buat dengan duit tu. Tu contoh saja tapi hang pikiaq la benda lain.” Jelas mama satu persatu.

“Ala maa ... tak dak idea laa .. mama ada idea?” Rengek ku untuk meminta idea sebab peluang sebegini bukan selalu datang. Inilah masanya untuk menunjukkan bakat yang terpendam. Mama berfikir seketika.

“Aku memang ada idea tapi aku tak reti karang. Hang buatla raya tahun ni kalau berpeluang hang nak sambut Aidilfitri di negara luar. Memandangkan tahun ni pun kita kongsi raya jadi tak mustahil kita akan kongsi raya dengan perayaan yang lain. Kalau boleh di oversea. Hang buatla, macam mana sambutan perayaan kita bergabung dengan Krismas dan kebudayaan Malaysia akan terpampang di kaca TV. Tu idea mama la.” Pergghh ... sesekali mama bagi idea ... boleh terangkat beb. Hehehe ... Saya mula terpikat dengan idea mama lalu satu senyuman tersimpul di minda kerana saya sudah tahu bagaimana hendak membuat artikel ini.

Tak jadi hendak tidur balik, terus segar jek mata. Hikhikhik ... lalu saya terus mengambil kertas bersama pen dan terus melakarkan cerita Impian Aidilfitri sebagaimana mana idea mama. Hari tu juga saya siapkan sebab kalau hantar lambat susah pulak pihak Radio nak nilaikan karya saya. Dan hari tu juga, saya mengeposkannya. Siap buat register lagi. Tak dapat juga ... tak tahulah ...

Raya pada masa tu, kita orang tak beraya di Malaysia kerana abah ajak pergi melancong di Australia (tajaan syarikat dia). Tak seronok langsung masa menyambut ketibaan Aidilfitri. Tak rasa suasana raya tapi yang bestnya dapat lihat negara orang.

Sebaik sahaja pulang ke tanahair sendiri, beberapa minggu kemudian, saya menerima satu bungkusan daripada pihak Radio 3 Pulau Pinang. Terpinga-pinga juga saya pada mulanya. Namun selepas itu, Yahooo ... (setelah isi kandungannya dibuka). Saya menang 1st prise weh ... Tak sangka karya saya terpilih sebagai karya yang terbaik ... lagilah membuatkan saya mencintai bidang penulisan ini. Bermacam-macam CD Original dan kaset hari raya saya dapat. Gembiranya hati saya .. hanya Allah saja yang tahu. Sayangnya saya tak dapat mendendangkan karya saya sendiri di radio. Ada juga rakan-rakan yang mendengar dan mengucapkan tahniah.

Kau dah glemer Ebriza ... hahaha ... itu antara ayat yang didendangkan oleh mereka yang mendengar ... Itulah antara kenangan Di bulan Ramadhan yang paling terindah dalam hidup ini. Alhamdulillah ...


SELAMAT BERSAHUR DAN SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA!

Monday, September 8, 2008

Did I Marry The Right Person?

This is a very good article. read it.Those who are still single may learn something from here....
Those who are already married may take it as a guideline to improve your marriage....
DID I MARRY THE RIGHT PERSON?
During one of our seminars, a woman asked a common question.

She said, "How do I know if I married the right person?"
I noticed that there was a large man sitting next to her so I said,
"It depends. Is that your husband?" In all seriousness, she answered "How do you know?" Let me answer this question because the chances are good that it's weighing on your mind.Here's the answer.

EVERY relationship has a cycle. In the beginning, you fell in love with
your spouse. You anticipated their call, wanted their touch, and liked
their idiosyncrasies. Falling in love with your spouse wasn't hard. In fact, it was a
completely natural and spontaneous experience. You didn't have to DO anything.

That's why it's called "falling" in love... Because it's happening TO YOU.People in love sometimes say, "I was swept of my feet." Think about the
imagery of that __expression. It implies that you were just standing
there; doing nothing, and then something came along and happened TO YOU. Falling is love is easy. It's a passive and spontaneous experience.

But after a few years of marriage, the euphoria of love fades. It's the
natural cycle of EVERY relationship. Slowly but surely, phone calls
become a bother (if they come at all), touch is not always welcome (when it happens),

and your spouse's idiosyncrasies, instead of being cute, drive you nuts.The symptoms of this stage vary with every relationship, but if you
think about your marriage, you will notice a dramatic difference between the initial

stage when you were in love and a much duller or even angry subsequent stage. At this point, you and/or your spouse might start asking, "Did I marry
the right person?" And as you and your spouse reflect on the euphoria of the love you

once had, you may begin to desire that experience with
someone else. This is when marriages breakdown. People blame their
spouse for their unhappiness and look outside their marriage for
fulfillment.Extramarital fulfillment comes in all shapes and sizes. Infidelity is
the most obvious. But sometimes people turn to work,a hobby, a
friendship, excessive TV, or abusive substances. But the answer to this dilemma does NOT lie outside your marriage.

It lies within it. I'm not saying that you couldn't fall in love with someone else.
You could. And TEMPORARILY you'd feel better. But you'd be in the same situation a few years later. Because (listen carefully to this):
THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON; IT'S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND. SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience.
It'll NEVER just happen to you. You can't "find" LASTING love. You have to "make" it day in and day out. That's why we have the __expression "the labor of love."
Because it takes time, effort, and energy . And most importantly, it takes WISDOM .
You have to know WHAT TO DO to make your marriage work. Make no mistake about it.
Love is NOT a mystery. There are specificthings you can do (with or without your spouse) to succeed with your marriage.

Saturday, September 6, 2008

Harta Yang Tidak Ternilai ...

Assalammualaikum ...

Ini adalah antara hartaku yang tidak ternilai. Satu-satunya harta yang membuat diriku terasa dihargai. Terima kasih awak kerana menghargai diri saya sebagai sahabat sejati ...

Friday, September 5, 2008

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan
matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayan
gmari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Sama-samalah kita menunaikannya dengan penuh ketakwaan & keberkatan...

Salam Ingatan,
Ebriza Aminnudin