JANJI SEORANG PUTERI...
RM10.00
EBRIZA AMINNUDIN
RM10.00
EBRIZA AMINNUDIN
Sinopsis :
Puteri Ezza yang memiliki wajah hodoh sering disisihkan oleh kakaknya, Puteri Ezna. Puteri Ezna tidak mahu bermain dengan Puteri Ezza dan sering menghinanya. Macam-macam Puteri Ezna lakukan kepada Puteri Ezza demi untuk menjatuhkan adiknya itu.
Suatu hari, Puteri Ezza bertemu dengan seorang pemuda yang berwajah hodoh. Memandangkan pemuda itu juga tidak mempunyai kawan dan sering kesunyian, Puteri Ezza tidak ragu-ragu menghulurkan persahabatannya. Puteri Ezza berjanji akan bersahabat dengan pemuda itu sehingga ke akhir hayatnya. Dia tidak akan memungkiri janji yang telah dilafaz. Namun persahabatan Puteri Ezza dan pemuda itu tidak bertahan lama apabila Raja Hashmi iaitu ayah kepada Puteri Ezza menentang persahabatan anaknya.
Mampukah Puteri Ezza mengekalkan persahabatannya dengan pemuda berwajah hodoh itu sebagaimana janjinya?

------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum dan salam salam sejahtera.
Sesudah lama menanti dan akhirnya impian menjadi kenyataan apabila novel kanak-kanak saya yang pertama telah berada di pasaran. Inilah Janji Seorang Puteri terbitan Buku Prima.
Rasa seronok sangat sesudah dapat memperbaharui genre penulisan saya. Novel pertama di tahun 2008. Untuk ibu-ibu, silakan dapat novel kanak-kanak pertama saya untuk bahan bacaan anak-anak anda. Semoga anda semua terhibur dengan buah tangan terbaru daripada saya.

Sekiranya hendak membaca promo yang telah saya isikan dalam Janji Seorang Puteri, anda boleh lawati laman promo saya.
Salam Sayang dan Salam Hormat.
Salam Sayang dan Salam Hormat.