Sunday, February 28, 2010

Setahun Lagi Melangkah Ke Usia Matang


Assalammualaikum,

Syukur aku pada Mu Ya Allah kerana telah memberikan aku peluang bernafas untuk aku menikmati segala keindahan ciptaanMu.

Syukur aku pada Mu Ya Allah kerana masih lagi memberikan aku ruang untuk mencapai apa yang belum terlaksana lagi pada tahun ini.

Syukur aku pada Mu Ya Allah kerana masih memberi aku peluang untuk bersama-sama dengan insan-insan yang aku sayang. Yang dekat dengan aku. Yang memberikan aku kekuatan, sokongan dan dorongan selama ini.

Syukur aku pada Mu Ya Allah kerana mengizinkan aku menumpang di bumi bertuah mu ini lagi.

Syukur aku pada Mu Ya Allah di atas segala-galanya. Kan ku reda dalam menghadapi segala ujian dariMu tanpa aku merungut ataupun menyesalinya.

Syukur Aku pada Mu Ya Allah kerana masih lagi mengizinkan aku menyambut hari lahir aku pada hari ini.

Alhamdulillah. Aku masih bernafas untuk meneruskan kehidupan, perjuangan dan bermunajat kepadaMu.

Amin, Amin, Ya Rabbal Alamin.

4 comments:

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran EBBY.. moga terus cemerlang dan sejahtera selalu..

Pesta Buku nanti berada d booth mana?

Kak Azie bertugas di CESB, 3 hari pertama dan 3 hari terakhir... harap dapat jumpa lagi...:)

EBRIZA AMINNUDIN said...

salam kak zie .. mudah2an dapat jumpa .. yahooo

Eezhan said...

SELAMAT HARI LAHIR EBRIZA...
MOGA DIBERI KESIHATAN YG BERPJGN DAN DIMUDAHKN SEGALA URUSAN...AMIN.. :-)

EBRIZA AMINNUDIN said...

Thanx Eezhan. Amin,amin ya rabbal alamin