Alhamdulillah akhirnya impian untuk membuat novel kolaborasi bersama penulis terkenal Bikash Nur Idris menjadi kenyataan dengan terhasilnya novel kolaborasi pertama kami. Saya ingin memohon sejuta kemaafan andainya novel kolaborasi pertama ini mempunyai banyak kelemahan namun saya sedia mempelajari daripada kesilapan saya sendiri. Nantikan kemunculannya. Novel ini untuk anda semua! Izinkan hati kami melukis kata khas bagi peminat novel.
SINOPSIS
Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.
Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.
Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.
Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.
Apakah Ainsya Najma akan membuka peluang kedua untuk Raimi? Adakah Ruzaiman akan mendapatkan cinta Fadxiora yang menggetar hati? Dan, mungkinkah peluang itu ada untuk insan asing menjadi dekat apabila hati sudah melukis kata, bahawa cinta sudah ada…?
10 comments:
TAHNIAH....
PERMULAAN TAHUN 2010 YNG BAIK.
Eezhan, TQ Awak. Alhamdulillah. Amin
tahniah
wa... ada nama fad hehehe
Thanx .. Yup,nama Fad, Dina dan Anyss terpilih utk novel kali ni. Hehehe ....
Syukur Alhamdulillah... Sekalung tahniah untukmu.. Terus melangkah maju ke hadapan ye :-)
alhamdulillah lina..
thanx .. terus menyokong yer
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Waaaaaaa macam nak bangga je tetiba termasuk nama kat dalam novel ni....mmmm, garang kot hu hu hu
Hahaha ... Tq Tq Tq .... tak pe ... penghargaan buat warga cc ...
tahniah, akak
tahniah dan semoga sukses dan akan datang lagi penulis novel yang lain bersama anda atau bukan penulis novel yang lain yang mana memberi rangsang untuk anda hehehehe jangan marah
Post a Comment