Friday, April 24, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog Ruang Rindu. Apakhabar? Hik hik hik. Dah lama rasanya tidak menitip sebarang bicara sejak pulang daripada menghadiri Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. Penatnya masih terasa. Atas permintaan ramai, di sini saya layarkan kenangan semasa di PBAKL 2009.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC 2009 kali ini memberikan saya seribu satu kenangan yang terindah. Bukan bermaksud pesta2 buku yang sebelumnya tiada memori tetapi kali ini cukup bermakna dan menjadi lipatan sejarah untuk diri sendiri. Setiap PBAKL mempunyai memorinya yang tersendiri.

Pada 18. 04. 2009 – Adalah jemputan rasmi saya ke Fajar Pakeer. Setibanya saya di sana (sebelum tu, jenuh jugak nak cari booth, walhal punyalah dekat. Kih kih kih. Tapi tak pe, ada Kak Long. Kan .... Kan ... Kan .... Kak Long Kan.) saya dan Pu3Imaneisya disambut oleh Hafierda Afiela dan Bikash Nur Idris. Punyalah best sebab dah lama tak bertemu rakan-rakan penulis selain bertanya khabar di YM atau SMS saja. PBAKL lah merupakan gudang perjumpaan rakan-rakan seperjuangan, tidak kiralah sama ada penulis baru ataupun sudah lama berkecimpung. Sempat jugak berkenal-kenalan dengan penulis-penulis baru FP seperti Kak Mahizan, Kak Chempaka, Wanie dan Kak Qaseh. Seronok dapat kenal dengan dorang ni. Kecoh beb tapi best. Sekepala. Hehehe. Tapi sayangnya tak sempat ambik gambar dek kerana sibuk berbual. Lepas minum petang terus tak jumpa dorang. Huhuhu. Sempat jua bertemu dengan Najwa Aiman. Sudah lama tak bertemu dengan mamat sorang ni. Tetap macam dulu. Sempoiii. Hik hik hik.

Yang paling best dapat berjumpa dengan My Sis Ara Suhara. Nampak sangat muka letih saya tapi demi orang-orang yang dekat di hati, tetap saya luangkan masa bersama dengan mereka. Walaupun pertama kali bersua dengan Sis Ara tetapi rasa bagaikan sudah lama bertemu dan bermesra kerana Sis Ara dan Sis Liza memang sekepala dengan saya. Tu yang buat semakin rapat. Sis, Thanx for your gift. I pakai tau keesokkan harinya masa jumpa Dina. Terima kasih jua kerana belanja Dinner di Chicken Hut.

Masa hari ni juga sempatlah saya bertemu dengan Penulis Karnadya seperti Kak Syima Syawal, Kak DS, Pokcik Mersik, Zahida Zakarsi, Kak Aina Emir, Kak Mimie Afinie dan beberapa kenalan. Dari Singapore – Mama Jambu. Makin Jambu lah mama. Hehhee. Siti dan yang lain-lain.

19.04.2009 – Hari Inilah yang saya tertunggu-tunggu sebenarnya kerana ingin sangat bertemu dengan rakan-rakan forum CC. Selama ni saya hanya berbual dengan mereka di forum sahaja dan kali ini hajat tercapai apabila bertentangan mata. Dorang memang happening specially Gee, Dina, Anyss, Cokek (Jagalah ... ada lori ada bas), Jieadam, Hot Mum dan Fadxiora. Sebagaimana dalam CC begitu jualah di luar. Hilang Rindu Abby pada korang semua. Dan terima kasih pada Dina yang telah membawa sardin roll. Sedappppp.

Hari ni juga merupakan hari exercise tangan. Alhamdulillah, JKT dan HD memang laju apatah lagi bila berdua dengan sis Siti Rosmizah. Masing-masing mempunyai penggemar yang tersendiri. Buat semua penguhuni BUKU PRIMA, terima kasih di atas layanan mesra anda. Seronok sangat. Begitu jua dengan warga FP. Hampir pukul 7 jugalah saya stay di Booth Buku Prima. Memang Happening. Dapat juga berkenalan dengan beberapa penulis Buku Prima yang belum pernah saya jumpa sebelum ini.

10 comments:

dina said...

Bi, kau letak "bakal novelis" kat gambar bersama aku? huwaa...besar mandat tu bi... pertama kali jumpa kau aritu, dalam ati aku ckp "ish, lawanya ebriza aminuddin ni" ni siyes bi, tak tipunya,itu le yg terdetik kat ati (tak caya tanya gee)... hehhe... lenkali kita jumpa lagi le ye...

oh, ara suhara tu kak maya ye...hik3

EBRIZA AMINNUDIN said...

dina,
hahahaha. semangat utk kau Na. huhuhu .... janganla Na puji lebih2. aku dah malu ni. Yup. lain kali kita jumpa lagi. tak puas bual dengan kau.

Hehehe. Ara Suhara tu ler Kak Maya aku. Dua2 sekali aku dapat jumpa. Kau dan Sis Ara. ;)

anyss said...

Waaa meriah!
Jeruk baru je abis semalam ...terima kasih daun keladi :D

EBRIZA AMINNUDIN said...

Anyss,
Welcome sis. Nasib baik habis dan tak awetkan. kui kui kui. Tak sempat nak bergambar together-gether.

caluk@cencaluk said...

he he nak balas dendam kat partner in crime yer.

EBRIZA AMINNUDIN said...

caluk,
kih kih kih. sapa suruh kenakan org.

Anonymous said...

laa..gambar kita dua takde ye..huhuhu..

EBRIZA AMINNUDIN said...

gee, gambar kita berdua tak sempat ambik. huhuhu. dah bali baru teringat. gambar aku dengan gee tak de pun. lain kali mesti ambil tau.

Cetusan said...

salam,,HAh??CC kenapa saya tada ??pelek gak yerr..sesak kot huhuu

azieazah said...

Hai ABBY... sayang gak tak sempat jumpa ABBY lagi...