Pin … Pin … Pin …
Segera saya berlari ke hadapan untuk menjenguk siapakah yang datang.
Segera saya berlari ke hadapan untuk menjenguk siapakah yang datang.
‘Oh, Abang posmen.’ Segera bibir saya mengukir senyuman yang bermakna. Sememangnya kehadiran abang posmen selalu saya tertunggu-tunggu menanti balasan surat daripada teman-teman. Yelah … 12 tahun yang lalu mana ada telefon bimbit lagi. Kalau ada pun harganya terlalu mahal jadi hanya suratlah pengganti diri untuk bertanya khabar. Sebaik sahaja selepas abang posmen berlalu pergi, saya segera mencapai kunci utama rumah lalu membukanya dan terus berlari ke arah pos box untuk mengambil surat. Hati saya berdebar-debar apabila melihat nama saya tertera di atas sampul surat yang bercop rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya terus membuka surat itu di situ juga.
“Tahniah anda terpilih untuk mengikuti kursus Minggu Penulis Remaja 1997 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Anda diminta melaporkan diri … bla … bla … bla …” Melompat girang saya di situ juga apabila menerima surat jemputan DBP untuk melaporkan diri sempena Minggu Penulis Remaja 1997 atau lebih dikenali sebagai MPR97. Terus saya membawa surat itu ke dalam rumah dan menunjukkan kepada mama serta meminta izin daripadanya untuk mengikuti kursus penulisan yang sememangnya saya minati.
“Mama … orang dapat surat dari DBP untuk mengikuti kursus penulisan. Nak pi lah sebab bukan semua orang terpilih untuk ikut kursus ni. Boleh tak?” Lirih saya memandang kepada mama.
“Mama tak kisah tapi macam mana kalau tengah hang ikut kursus tu … tiba-tiba dapat surat tawaran universiti?” Tanya mama pula.
“Kalau dapat surat tawaran universiti, mamalah yang mai KL, bawa semua baju orang.” Gurau saya selamba. Selepas kebenaran diberikan oleh abah, saya terus mengemas kain baju untuk dibawa ke KL bagi mengikuti kursus penulisan itu yang bertempatkan di salah sebuah hotel di KL.
Tiba hari dan waktunya, saya pun berangkat ke tempat yang ditetapkan oleh pihak DBP sepanjang kursus itu berlangsung. Selepas sahaja pendaftaran, saya terus ditempatkan sebilik dengan besfren saya, Khairul Hazlina. Apa lagi, gembiranya hati tidak terkata. Kami yang sememangnya mesra terus menjadi mesra sehingga menimbulkan keseronokkan di hati urusetia melihat kemesraan kami. Salah seorang urusetia lelaki MPR97 memang syok tengok gelagat kami berdua sehingga tercetusnya dialog ini.
“Aku suka tengok gelagat mereka berdua ni. Walaupun baru kenal tapi macam dah lama kenal. Bukan main mesra lagi.” Saya dan Khairul Hazlina saling berpandangan dengan senyuman yang terukir dibibir masing-masing. Kami yang sememangnya dah kenal, buat bodoh sajalah. Hehehe ...
Pada malam itu, ketika sedang makan malam, banyak mata yang memandang ke arah diri saya. Teperasanlah sekejap. Hehehe ... yelah, masakan seorang gadis yang tidak cantik dan sedap badan, tiba2 menjadi perhatian pulak kan? Sedangkan kat situ, ramai lagi gadis2 yang cantik daripada saya. Walaupun begitu, saya buat selamba badak macam tak ada apa-apa. Bukan sahaja melayu, malah lelaki india pun ada menjeling2 ke arah saya. Hahaha ... Alah ... semua lelaki yang ikut MPR 97, semuanya muda2 belaka kecuali seorang lelaki melayu dan seorang lagi lelaki india. Sebaik sahaja selepas makan malam, kami adakan aktiviti memperkenalkan diri. Saya nak duduk di sebelah Khairul Hazlina tapi ramai yang dengki duduk sebelah dia dulu, jadi saya terpaksa duduk di sebelah salah seorang urusetia lelaki yang gagah perkasa. Sebaik selepas sesi kenal-mengenal ni ... ada beberapa aktiviti lain sebelum kami dibenarkan pulang ke bilik masing2.
Keesokkan harinya, saya memakai blaus yang bercorak rimau campur singa. Cantik corak tu tapi tak sangka pulak gara-gara baju yang saya pakai terus menaikkan populariti saya yang tak pernah saya duga. Selama ni, mana ada orang nak pandang saya pun. Tengok saya pun belum tentu sudi tapi MPR97 memang telah memberi 1001 kenangan manis buat gadis seperti saya. Selepas bergambar kenangan, kami dibawa oleh pihak urusetia melawat Bank Rakyat, kilang pencetakkan DBP dan juga beberapa tempat bersejarah di Kuala Lumpur. Masa ni ler ramai yang mengagah saya dengan gelaran Gadis Rimau dan juga Gadis Singa. Suka2 hati depa saja yek ... terkejut gak saya tiba2 jadi popular dalam sekelip mata. Sesuatu yang memang tak terduga. Ahaks.
Bukan senang jadi orang popular ni tau sebab setiap gerak geri saya diperhati. Naik malu saya. Orang yang sepatutnya glemer pada minggu tu ... tak jadi glemer. Hehehe ... Yang paling saya terkejut ada juga peserta yang menghafal nama, tempat tinggal, no fon rumah dan juga IC saya. Memang glemer habis saya time tu hinggakan ada urusetia wanita yang bertanyakan saya betul ke apa yang mereka hafalkan tu. Saya hanya mengangguk kepala sahaja. Gila! Memang gila! Tak pernah orang menghafal segala detail peribadi saya yang terkandung di dalam buku cenderamata selama ini tapi itu yang terjadi. Saya yang pendiam dan hanya menjadi seorang pemerhati, tiba-tiba terus melonjak naik nama yang tak seberapa ini.
Daripada situ, saya terus sahaja melayani kerenah mereka yang ingin merapatkan diri dengan saya sebagai sahabat. Dah saya cakap, tak susah nak berkawan dengan saya. Tapi ada satu insiden ni, di mana seorang lelaki India ni kerap menelefon saya di bilik hotel di mana saya tinggal setiap saat. Sampaikan saya nak solat dan mandi pun tak senang dan saya pun apa lagi naik hangin ler satu badan. Akhirnya, saya pesan kat kawan2 sebilik, jika mereka telefon lagi katakan saya sedang mandi. Malas nak layan. Dah saya tak layan di telefon, bilik saya lak yang menjadi mangsa ketukan dan lari. Bengang giler.
Di saat itulah, saya sering menjadi mangsa usikan mereka tak kira tempat ataupun masa. Ada seorang kakak MPR tu yang turut menjadi peserta sekali dengan saya menyatakan setiap kali dia melihat saya mesti dia membayangkan saya seperti seorang pramugari. Ya Allahhuakbar ... nak jadi pramugari ... jauh panggang dari api. Naik malu saya apabila dipuji begitu yang selama ini hanya kutukan sahaja yang saya dapat daripada rakan2 sekelas di tingkatan 6 atas terutama sekali daripada kaum lelaki kerana badan saya yang kurus sikit daripada blue hippo. Tak sangka pulak, lain orang lain pandangan mereka. Sedikit kebanggaan terbit di hati saya apabila gadis yang berbadan besar mendapat pujian.
Di suatu hari yang lain yang membuat saya bertambah malu apabila ada salah seorang urusetia lelaki menyatakan pada salah seorang peserta lelaki MPR 97 yang dia tidak boleh lupa pada suara, senyuman dan lirikan mata saya. Saya bukan sengaja nak dengar perbualan mereka, kebetulan saya lalu di tempat tu dan terdengar perbualan antara dua orang jejaka ini. Pada mulanya, saya ingatkan siapalah gadis yang dimaksudkan dan saya memang tak sangka gadis itu adalah saya. Peserta lelaki ni, minta abang urusetia tu memberitahu nama gadis yang telah memikat hatinya tapi dia enggan membuatkan peserta lelaki ni mengagak nama gadis peserta MPR. Merona merah wajah saya apabila nama saya menjadi sasaran. Nasib baiklah tiada siapa yang mendengar ketika itu, kalau tak ... hmm ... sah saya yang akan menjadi mangsa usikan dan keadaan. Sejak daripada hari itu, saya sentiasa malu berhadapan dengan abang urusetia ini. Kadang2 saya menebalkan juga wajah yang tak cun ni berbual dengannya pada perkara2 yang tertentu. Malu beb! Kadang2 saya tertanya-tanya sendiri, ye ke best suara saya ni .... ye ke manis senyuman saya ni ... macam perli saya jek ... Hahaha ... Tapi saya sedar bahawa lain orang lain pandangannya.
Di saat kemuncak MPR 97, saya mendapat panggilan telefon daripada emak Khairul Hazlina menyatakan bahawa saya mendapat tawaran Masscomm di UiTM Shah Alam. Melompat girang saya. Habis katil di hotel tu gara-gara saya Khairul Hazlina dan Ila melompat sambil berpeluk-pelukkan sesama sendiri. Tak sangka jugak gurauan saya pada mama menjadi kenyataan. Mamalah yang terpaksa mengemas pakaian saya sebelum pendaftaran di UiTM Shah Alam. Sayang pula nak meninggalkan minggu MPR yang tinggal tidak berapa hari lagi tapi apakan daya, pelajaran itu lebih penting untuk mencorak masa depan saya sendiri dan minggu MPR terpaksa saya tinggalkan dengan 1001 memori indah.
Ketika hari terakhirsaya di situ, ramai yang meminta tandatangan saya macam artis saja lagaknya. Lenguh juga jari-jemari saya menurunkan kata-kata perangsang buat mereka. Saya berpesan, jika ada masa titipkanlah surat buat saya untuk bertanyakan khabar.
Sehingga hari ini, hanya beberapa orang sahaja yang masih keep in touch dengan saya. Yang selebihnya, saya tidak tahu ke mana mereka pergi. Kadang-kadang apabila terkenangkan sepanjang minggu MPR 97 membuat saya tersenyum sendiri kerana memori itu cukup berharga buat saya. Saya tidak pernah mengalami memori sebagaimana mereka memberikan kenangan manis itu buat saya. Segala air mata duka saya terhapus dengan gelagat mereka.
Untuk semua peserta-peserta MPR 97 ... saya amat merindui kalian tidak kira lelaki ataupun perempuan. Seandainya ada di antara mereka membaca memori ini, harap sudilah mereka menghubungi diri saya semula. Dan kalian telah memberi satu memori terindah yang amat berharga di dalam hidup saya dan menjadikan saya sebagai seorang gadis yang tidak terasa kekurangan di dalam dirinya.
Untuk semua tenaga pengajar dan urusetia sepanjang minggu MPR 97 ... terima kasih banyak2 kerana memberi ilmu kepada kami dan juga menjaga kami seperti adik sendiri.
13 comments:
Memang nakal ya, budak laki-laki MPR batch kita. Saya teringat penerimaan panggilan seorang menyamar penyambut tetamu front desk memberitahu ada pesanan dari rumah. Bila turun, rupa-rupanya memang dipermainkan!
Aduan dengan urusetia lelaki cuma dijawab, "Dia orang nak rapatkan silaturahim lar tu ..."
Malam-malam pun ada peserta interkom bilik bertanyakan itu ini.
Pagi bangun pukul berapa lar ...
Mandi tak mandi ...
Isk. Mereka memang kuat mengusik!!
Salam... kak ebriza.
Wah catatan yang menarik! seronok baca pengalaman MPR akak. erm.. boleh saya buat salinan ke blog MPR tak, termasuk gambar tu, untuk tujuan dokumentasi...
:)
Azree Ariffin
tungwc,
Hehehehe. Memang nakal pun dorang. tapi saya terhibur. bila difikir2kan balik, kelakar je kan.
Azree Ariffin,
Boleh. tapi pengalaman ni santai je tau. malu la pulak. hehehe
Aduh,
Memang coretan pengalaman di sini sangat 'santai'. Tak mencapai standart peserta MPR pun...
Anonymous,
saya suka yang santai kerana ia utk merilekskan minda. sbb itu utk pengalaman MPR yg ini saya buat yg santai. Nanti akan saya susulkan pengalaman pembelajaran MPR yg sebenar. Terima kasih.
hai AB. mantan MPR rupanya....
kita jumpa nanti di Pbuku.
Rasha,
Hai kak ... hehehe .. tak ramai yang tahu. kenangan ni versi santai tau kak ... nanti abby akan muatkan diari MPR97. ;)
Nasib baik versi santai,....kalau versi santau gimana deh? hu hu hu
Kenangan...memang manis untuk dikenang, sekalipun sakit untuk dikunyah. Jumpa di Pesta Buku ya :)
anyss,
hehehe ... kalau versi santau maunya mereka angau. hehehe. wokey .. anyss jumpa di pesta buku.
dan apa lagi yg tinggal?
hanya kenangan
mpr 97
bagi saya memang manis
tapi saya pelik gak mcmna saya terpilih utk hadir
mcm mimpi
tapi kini saya dah keluar dari mimpi tu
hanya bermimpi memang indah
bila bangun hilang la ia
x ade apa.ada la seorang dua yg berjaya itu pun kerana di layan istimewa oleh some one some body
ada juga kerana anak didik sasterawan tu sasterawan ni
ada juga kerana kenal dgn penulis tu penulis ni.tapi kenangan tu mmg manis la,kita remaja mana ada terpikir lagi pasal perjuangan menulis,kita menulis masa tu pun apa yang lahir dari hati kita,minat n berangan.tapi memang manis la kenangan tu,di layan dengan baik mcm vip herm,memang manis,ia nya mcm mimpi,bila tersedar hilang la ia.memang masa tu mcm adik beradik,saya teringat kenangan lepak kat depan bilik hotel kami tu,bercerita punya cerita sampai kami terlena di atas karpet diluar pintu bilik,manis nya kami tertidur sambil berpelukan,manis nya aku terpeluk peserta yg paling bongsu tu anak rahman shaari,mana ko skng a bro?manis memang manis.tapi semuanya dah di plankan,kami remaja hanya menurut sahaja,tapi masa tu hubungan adalah yg paling suci la
ada gak yang sempat bercinta,cinta seminggu,cinta kilat..hehehe,ada dua peserta india,ganesan dan ramakrishnan kalau x silap la,tapi berapa kerat yg berjaya?definisi berjaya tu subjektif gak a...
mungkin ebriza dengan koleksia kisah cinta sedih airmata,mungkin raihani anak gadis penyair zurinah hassan,raihani saya ingat dia pandai main piano.harap korang akan dapat title sasterawan negara satu hari nanti,bagi menyambung perjuangan pak samad yg suaranya makin terpinggir.yg paling manis a bagi saya,saya bukan ada asas pun dalam penulisan,hanya minat.masa kelas atau diskusi seni dgn penulis mantan atau saterawan negara,saya terlopong tertungau sendiri mendengar istilah istilah sastera yang di pinjam dari perkataan inggeris.melankolik lah,diksi lah,konotasi lah,bla bla bla...tapi kenangan tu memang indah manis dan senang untuk di kenang.
Rindu kenangan lalu...
Assalamualaikum... semoga Ebriza sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Kalau Ebriza masih berhubung dengan Khairul, kirim salam pada dia yea....
Assalamualaikum... semoga Ebriza sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Kalau Ebriza masih berhubung dengan Khairul, kirim salam pada dia yea....
Post a Comment