Tuesday, December 9, 2008

Pemilihan Judul Novel EA

Assalammualaikum ... dan Salam Sejahtera untuk semua yang sudi bertandang ke sini (Hari-hari pun tak pa, lagi saya suka.).

Hmm ... apa pula topik kali ini ... Okeylah, kali ni saya nak utarakan pemilihan judul untuk novel saya. Judul yang bagaimana saya suka dan tidak.

Sebenarnya, saya lebih suka memilih judul yang mampu menjentik perasaan dengan nilai-nilai romantik di dalamnya. Oleh yang demikian, saya lebih gemar menggunakan perkataan RINDU, KASIH, BAYU, dan yang sewaktu dengannya. Oleh itu juga, tajuk lagu-lagu yang ada nilai komersial sering saya ambil untuk dijadikan sebagai judul Novel saya. Jika dilihat dalam novel saya, hanya tiga buah novel saja yang menggunakan perkataan cinta iaitu DI KALA CINTA TERDETIK (Pilihan sendiri ketika mula berkarya),AKU CINTA KAMU (Pilihan penerbit sebenarnya) dan MAHAKARYA CINTA (yang terbaru kerana mengikut kehendak penerbit dan serasi plak dengan jalan citernya). Sebenar-benarnya saya tidak berapa gemar untuk memasukkan perkataan CINTA dalam judul novel saya. Entah ... saya memang tidak suka. Sebabnya:

1. Dah ramai yang memilih perkataan ini untuk dijadikan sebagai judul novel mereka.
2. Sudah terlalu biasa perkataan ini dan tak mampu menarik minat saya untuk dijadikan hiasan judul novel saya.
3. Tidak mempunyai unsur romantik (pendapat sayalah ... tak tahu bagi org lain. Lain orang lain citarasanya. Mana boleh sama ye tak ... haa .. jgn cuba2 nak komplen. Kehkehkeh)
4. Terlalu keras dan saya tidak menyukainya.(boring lerr ... Masih pendapat saya. Pendapat orang lain saya tak tahu.)

Sebab itu juga, apabila ada judul lagu terbaru di pasaran, saya catit dan jika sesuai saya jadikan sebagai judul novel saya. Kadang-kadang, saya punggah galeri kaset saya yang lama-lama kerana kadang-kadang terdapat judul yang menyegat jiwa terselit di dalamnya. Kadang-kadang apabila saya memberitahu judul novel saya, ada yang cakap,

“Eh, macam tajuk lagu saja wak. Betul ke tu novel awak?” Kehkehkeh ... lalu saya menjawab,

“Memang tajuk lagu pun. Saya memang suka ambil tajuk lagu untuk dijadikan judul novel. Memang saya selalu ambil tajuk lagu pun kerana ada nilai komersial di dalamnya.”

Itulah sejarah bagaimana saya memilih judul untuk novel-novel saya. Jadi, jangan terkejut jika ada lagi tajuk lagu yang hitz2 saya jadikan judul novel saya. Kadang-kadang saya ambil aura kejayaan penyanyi itu sendiri agar saya juga akan berjaya seperti mereka walaupun dalam bidang yang sama tetapi genre yang berlainan.

Kadang-kadang juga saya suka mereka sendiri dengan jalinan jiwa yang padat agar sedap orang yang membacanya .... hehehe.

Daaa ....

Wassalam ....

2 comments:

Unknown said...

salam ebby,
Emm samalah pulak citarasa kita. Akak pun suka ambil judul lagu sebagai tajuk buku.Tapi buat masa ni tak lah boleh direalisasikan memandangkan masih perlu banyak kerja penulisan yang perlu dibuat... (lol)..
Selamat hari raya aidil adha buat ebby dan keluarga. Kalau ada berita terbaru terkini dan teristimewa... jgn lupa habaq mai. Kalau ada rezeki akak pi walaupun jauh...

EBRIZA AMINNUDIN said...

salam kak Alya,
Hehehe .. pelan2 buat ler akak ye ... tak sangka kita berkongsi citarasa yg sama.
Selamat Hari Raya Aidiladha utk akak juga. Aik .. semacam punya berita je yg akak harapkan (lol). I'allah, will tell u.