Monday, February 16, 2009

Buah Hati Terbaruku ... Advance Gift Di Hari Lahirku .. Thanx Buku Prima.



SINOPSIS:

“Pengorbanan kecil Effa cakap? Ia berkait rapat dengan hidup Mizal, jadi ini bukanlah pengorbanan kecil tapi ia merupakan pengorbanan yang terlalu besar. Mizal tak sanggup mempertaruhkan hidup Mizal di tangan Azini. Kenapa Effa menuntut pengorbanan yang bukan-bukan dari Mizal?” – Zahamizal.

“Maafkan abang, Effa kerana telah mengkhianati kepercayaan yang luhur itu. Memang abang bersalah kerana telah melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.” – Huzaifah

“Effa, awak telah memberikan ujian yang begitu hebat pada saya. Saya akan terima cabaran awak jika itulah satu-satunya cara yang boleh mengembalikan kepercayaan awak pada saya.” – Fizran

“Apa masalah you yang rumit tu Hezzy? Terangkanlah I sanggup menghadapi segala kemungkinan bersama dengan you asalkan you tak singkirkan I dari sisi you mahupun dari hidup you.” – Umran Zahini

‘Ingin sekali aku ucapkan selamat tinggal pada dunia penderitaan dan kesengsaraan yang telah lama menghuni dalam diri ku ini’ – Haifa Hezzy

........................................................................................................................

Jangan Kau Tangisi merupakan kisah pengorbanan seorang insan terhadap insan-insan yang disayanginya. Perngorbanan yang begitu besar dalam memenuhi setiap permintaan walaupun melukakan hati sendiri demi kebahagiaan insan-insan di sisinya yang amat disayanginya. Tanpa ketabahan dan kesabaran yang begitu tinggi, kita mampu terkeluar daripada landasan kehidupan yang sebenar. Namun, ia juga sebahagian ujian daripada Allah SWT untuk melihat sejauh mana kita tabah dan sabar dalam menempuhi apa yang telah diagendakan untuk kita. – Ebriza Aminnudin.

6 comments:

ManjLara said...

Tahniah! Tahniah!
akak takde cerita baru, dok sibuk menguruskan anak-anak aje :P

Nursuzry said...

Tahniah!! kak abby.
beshnya asyik kuar novel.

anyss said...

Tahniah, Ebby. Teruskan keprolifikan anda hu hu hu...

EBRIZA AMINNUDIN said...

Manjlara,
Terima kasih akak .... sayang akak. Tak pe, buat pelan2 kak.

Nursuzry,
Terima kasih Su .. dah rezeki. alhamdulillah.

Anyss,
Thanx Anyss. Insya Allah. Teruskan perjuangan Hehehe

dS said...

Tahniah Abby, untungnya dapat advance gift untuk hari ulang tahunmu... covernya pun cantik dan sudah pasti akan berjaya menarik perhatian ulat-ulat buku di luar sana.

EBRIZA AMINNUDIN said...

DS,
Alhamdulillah akak .. terima kasih buat buku prima. Mudah-mudahan karya ini juga dapat diterima oleh semua penggemar novel.