Wednesday, August 20, 2008

Saat Itu Terpaksa Saya Hadapinya Lagi ...

Kenapa saat ini tiba lagi untuk saya menghadapinya. Tiada kekuatan untuk saya melihat seorang demi seorang insan yang saya sayang pergi meninggalkan diri. Walaupun saya pasrah, namun sedikit sebanyak kesebakkan dan kesedihan melingkari jiwa. Ada yang menenangkan ketika saya diambang kesedihan. Terima kasih kerana saya amat memerlukannya.

Patutlah dalam 2-3 minggu ini saya rasa seperti kehilangan (pernah saya khabarkan di dalam N3 yang terdahulu) namun saya tidak tahu apakah yang menyebabkan saya rasa sedih dan kehilangan. Rupa-rupanya, inilah jawapan kepada kesedihan saya yang saya cari selama ini. Patutlah jua ... hati saya tidak tenteram dan mudah sahaja rasa marah. Nasiblah tak ada yang ambil hati. Maafkan saya jika ada yang terasa.

Saya redha menerima berita ini walaupun kadang-kadang sukar untuk saya menerima hakikat. Orang yang masih kuat, tiba-tiba pergi begitu sahaja.

18.08.08
Sebaik sahaja saya masuk ke dalam kereta tiba-tiba kedengaran handphone saya berbunyi, pantas sahaja saya menjawabnya sebab sudah tahu siapa pemanggilnya.
“Ada apa mama?” Tanya saya.
“Hang ada kat mana?”
“Dalam kereta. Nak balik ni.”
“ Lepas sembahyang Mahgrib nanti, kita pi tengok Mamu Manja. Makcik Nah telefon aku tadi, dia kata Mamu Manja nampak teruk.” Beritahu mama.
“Okey.” Jawab ku sepatah lalu terus pulang ke rumah.

Sebaik sahaja selepas sembahyang Mahgrib, saya dan mama terus ke rumah Makcik Nah. Masa tu pun tengok Mamu Manja dah tak boleh jalan tapi masih lancar bercakap dan masih boleh makan serta minum. Masih terngiang-ngiang suaranya yang menyatakan tidak mahu ke hospital apabila abangnya Mamu Sahaik dan mama memaksa.
“Tak mau pi hospital. Esok pagi-pagi Manja pi dengan Alif (anaknya).” Berulang-ulang kali ayat inilah yang diucapkannya. Kami tidak boleh memaksa lagi. Masih terbayang bagaimana dia masih duduk sila panggung di sebelah mama dan mengelap wajahnya dengan tuala sesudah dibasuh. Masih terbayang bagaimana dia merenungi saya dan setiap orang yang berada di situ. Namun, renungannya amat mendalam dan kosong, seolah-olah dia cuba mengkhabarkan pemergiannya. Semasa saya melihat renungannya dan cara dia makan sebiji macam arwah nenek sebelum dia meninggal. Hati terasa tidak sedap namun saya cuba sedapkan hati dengan tidak memikir yang bukan-bukan. Seketika kemudian, Mamu Manja minta kami bawakan dia ke dalam bilik kerana dia sudah mengantuk. Kami turutkan kehendaknya. Sempat juga Makcik Nah menyapu minyak panas ke perutnya atas permintaannya sendiri dan sempat juga mama menyalin bajunya sebagaimana dia menyalin baju arwah nenek semasa berada di hospital. Apabila melihat Mamu Manja sudah lena, kami pun pulang ke rumah.

19.08.2008
Jam menunjukkan pukul 3 pagi apabila kami mendapat panggilan telefon daripada Makcik Nah yang menyatakan Mamu Manja sudah tiada lagi. Terkejut kami seketika kerana baru semalam dia berbual dengan kami. Saya masih tidak dapat menerima hakikatnya. Terlalu pantas walaupun saya tahu sudah tiba ajalnya. Kami bergegas ke rumah Makcik Nah namun Mamu Manja sudah pun dibawa ke rumah Mamu Sahaik. Kami terus ke sana. Semasa melihat wajah Mamu Manja, seperti dia sedang tidur lena dan tidak Nampak dia sudah tiada lagi.

Kasihan anaknya yang baru berusia 16 tahun ditinggal begitu. Walaupun begitu, kami terpaksa menerima hakikat bahawa sudah tiba masanya untuk dia menyambut panggilan Illahi. Ketika melihat anaknya sudah meraung dan lembik sewaktu Mamu Manja hendak dikapankan, saya tidak tahan sebak lalu berderai jua air mata dengan terisak-isak. Nasib saya memang baik kerana mempunyai rakan-rakan yang prihatin dan sentiasa berada di belakang saya ketika saya memerlukan mereka.

Sewaktu di tanah perkuburan, saya juga hampir tumbang. Tak tahu kenapa saya rasa lemah namun saya cuba kuatkan semangat agar tidak menambahkan lagi kekusutan yang telah wujud. Alhamdulillah segala-galanya telah berjalan lancar dan jenazah selamat dikebumikan.

Mudah-mudahan agar rohnya di cucuri rahmat. AMIN

5 comments:

sharmiza24 said...

assalamulaikum ebriza harap sihat kami terima phone dekat rumah masa tu pukul 2.45am kata mamu manja tiada lagi . apa pun sabarlah pemergian mamu manja yang kita kasihi ,semoga roh nya ditempat orang yang beriman dan masih engkau ingat kita makan roti benggali yg dibeli oleh mamu manja .habis kita korek belah dlm dan makan ,bila mamu manja datang oh dua tikus sudah makan roti bengali ini.apapun harap alif akan ke sekolah dan belajar rajin dan jadi pandai dan berguna dimata orang .memang betul lah ebriza masa adik kak tgk mamu manja dia kurus kering macam gambar filem labi lepas tu bila dan meninggal badan dia jadi normal balik macam kita kena mamu manja yg dulu .ya allah hukum oleh yang buat dekat mamu manja setimapal nya.harap jgn marah ye.

azieazah said...

Moga rohnya dicucuri rahmat NYA...

dan yang tinggal terus sabar dan tabah dan tidak lupa mendoakannya...

fadxiora said...

takziah ye kak abby
moga dapat bersabar dengan ketentuan-Nya...

EBRIZA AMINNUDIN said...

sharmiza, azieazah, Fad

Terima kasih banyak2.

dina said...

takziah bi... aku baru la ni buleh merayap kat blog ko... papepun yang pergi tetap pergi bi... yang hidup ni kena bersedia