Saturday, August 23, 2008

Mahakarya Cinta dan Dugaan Dalam Penyiapannya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Agak lama juga saya tidak mengemaskini Ruang Rindu dan terasa rindu pulak hendak memasukkan N3. Dalam 2 minggu ni, saya kena habiskan segala kerja yang tergalas di bahu, perkara yang tidak terduga terjadi dan itu yang membuatkan saya tidak mempunyai banyak masa untuk mencoret sepatah dua kata. Namun, kedegilan hati dan kerinduan yang bertamu membuatkan saya mencuri sedikit ruang waktu untuk memasukkan N3 baru ini.

N3 terbaru berkaitan novel terbaru yang akan muncul di pasaran tidak lama lagi yang berjudul Mahakarya Cinta. Awal-awal lagi saya ingin memohon maaf sekiranya novel ini tidak mampu untuk menakluki hati semua. Adatlah ada yang suka dan ada yang tidak dan saya masih lagi memerlukan teguran anda semua untuk memantapkan lagi hasil kerja saya.

Mahakarya Cinta bukanlah sebuah novel yang mampu saya selesaikan dalam jangkawaktu yang singkat. Sekiranya novel lain saya cuma mengambil masa dalam 3-4 bulan untuk siapkannya tetapi Mahakarya Cinta hampir mengjangkau setahun setengah proses penyiapannya. Saya tidak tahu kenapa terlalu banyak dugaan dan rintangan untuk menyiapkan novel ini sehingga tiba pada suatu saat dan ketika, saya rasa seperti hendak melempar sahaja manuskrip ini. Sungguh!

Proses membuat draf sahaja sudah menjangkau hampir 6-7 bulan. Kentandusan idea dalam membina bab demi bab amat memeritkan. Inilah pertama kali saya ditimpa masalah ini. Selalunya saya mengambil masa hanya dalam 2-3 minggu sahaja untuk menyelesaikan draf bab by bab iaitu dari bab1/prolog sehingga bab akhir/epilog. Namun Mahakarya Cinta, saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya pada anda. Walaupun begitu, bukanlah sikap saya mudah mengalah dalam mengharungi situasi sebegini. Kedegilan hati untuk menyiapkannya juga akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Saya tidak suka memulakan kerja sekerat jalan dan apa yang saya mulakan, pasti akan saya habiskan walaupun lambat. Haa .. itu baru draf belum lagi mengembangkan draf untuk menjadikan sebuah ceritera.

Ketika saya memulakan pengembangan bab by bab, agak-agak dalam muka surat 200, saya terpaksa menghentikannya. Ketika ini saya ditimpa dugaan demi dugaan yang menguji tahap kesabaran sehingga saya tidak mempunyai mood untuk menyelesaikan apa yang telah saya mulakan. Rasa seperti hendak menangis pun ada ketika itu. Dugaannya seperti yang telah anda ketahui sejak saya berblog di blogdrive lagi. Pemergiaan nenek ke alam baqa, mama ditimpa ujian angkara saka yang dihantar kerana sifat dengki terhadapnya, saya pula ditimpa demam panas (sebelum ini tidak pernah.) selama seminggu lebih dan hampir dimasukkan ke wad dan beberapa tekanan yang saya terima melalui email membuatkan saya tidak betah untuk meneruskan perjuangan ini. Ada email yang menyokong dan ada email disebaliknya. Kepada yang menyokong terima kasih banyak dan kepada yang lain mudah-mudahan Allah ampunkan anda. Kadang-kadang kasihan pada uncle yang sering menelefon saya bertanyakan novel baru utk Fajar Pakeer. Namun, apa yang mampu saya lakukan, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan saya meneruskan penghasilan novel ini. Setelah semua dugaan tamat, saya kembali menyambung apa yang telah saya tinggalkan hasil daripada sokongan dan dorongan teman-teman sama ada di blog atau di luar sana yang ingin melihat saya bangkit semula dalam bidang yang penuh pancaroba ini.

Akhirnya Mahakarya Cinta dapat disempurnakan pertengahan bulan Mei 2008. Walaupun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada editor Mahakarya Cinta yang banyak menegur kesilapan demi kesilapan semasa beliau mengedit novel ini. Kesilapan yang saya tidak perasan dan titikberatkan selama ini telah beliau sedarkan. Saya bersyukur sangat kerana dapat berbincang dengan dia. Sekurang-kurangnya saya boleh mengubah strategi penyampaian dalam novel terbaru saya yang akan datang. Caranya yang lembut dalam teguran dan tidak ada unsur sindiran membuatkan saya terima komennya dengan hati yang terbuka. Dan dia juga telah memberi contoh-contoh dalam kesilapan semasa menegur saya. Begitulah cara sebaik-baiknya untuk menyedarkan saya. Bukan hanya bercakap ikut sedap mulut namun tiada contoh yang spesifik bagi menyedarkan saya. Terima kasih banyak. Saya selesa dengan cara awak mengedit novel saya.

Adakah Maharkarya Cinta ini diambil daripada lagu Faizal Tahir. Jawapan saya: Pemilihan tajuk juga merupakan satu lagi masalah kepada saya dalam novel ini. Saya bukan suka-suka hendak mengambil tajuk Faizal Tahir jika tajuk ini sendiri tiada kaitan dengan cerita saya dan mempunyai sentimental value. Hampir 10 tajuk saya tukar sehinggalah saya mendengar lirik lagu Faizal Tahir dan kena dengan cerita yang saya persembahkan membuatkan tajuk lagu ini menjadi pilihan hati. Saya harap penjelasan ini dapat mengikis kemusykilan yang bertandang di hati anda yang bertanya. Banyakkan dugaan novel ini?

Akhir kata dari penulis novel Mahakarya Cinta, semoga anda terhibur dengan novel santai ceria (genre yang masih lagi menjadi pilihan hati) ini. Sekiranya ada kekurangan mahupun kelemahan, mohon maaf kepada semua. Mahakarya Cinta merupakan novel yang paling banyak ditimpa dugaan sepanjang saya berkarya. Assalammualaikum.

10 comments:

sharmiza24 said...

ebriza terus usahamu itu jgn sedih ,kecewa,patah semangat,kadang- kadang dugaan itu menguji kita sejauh mana kekuatan dan kebolehan kita ,dgn dugaan itu kita akan berjaya dlm hidup ,dipandang tinggi oleh semua orang dan semoga buku ini akan beri pengajaran semua yg membaca dan insaf .wassalam

JOE said...

"Memakan roti canai tak sama dgn mbuat roti canai. org hanya merasa sedap memakan roti canai ttp tidak dpt merasa peritnya menebar roti canai"...
Apa aku ckp ni...hihihi
'BELILAH NOVEL MAHAKARYA CINTA!'

EBRIZA AMINNUDIN said...

sharmiza,
TQ kak Sharmi

Joe,
Hehehe .... mudah-mudahan novel ini akan berada di tangga yang teratas. Insya-Allah.

Eny said...

amboi, berpantun plak joe...hehe
abby, tahniah ya. dugaan2 tu allah dah balas dgn munculnya mahakarya cinta. tak sabar nak beli.

EBRIZA AMINNUDIN said...

eny,
Joe memang gitu ... hehehe ... TQ eny. kita tukar novel nak?

Eny said...

wokeh2...setuju bangat sih tukar suka sama suka nih

EBRIZA AMINNUDIN said...

cantikkk .... tunggu novel abby kuar dulu ekk ..

Mersik said...

Wahh.. tahniah... tahniah dengan keluaran nvl terbaru ni. Moga lebih sambutannya dan ngetop banget..

Lps tu bley aa kite ngeteh2 ek? hik hik *wink*

dina said...

best le novel ni... preview kat CC... tahniah2

EBRIZA AMINNUDIN said...

mersik,
Thanx mersik

Dina,
Hehehe ... TQ na