Tuesday, December 31, 2013

Tadaa .. Cover Kubur Bernyawa Dah Keluar




RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-59-3
~480 hlm

Sinopsis :

Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Ka ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu. Asalnya mereka ingin menenangkan fikiran sebelum menempuhi semester yang terakhir.

Namun apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan apabila mereka telah membangkitkan roh yang sudah lama tertanam di situ. Bermula dari situ, mereka terpaksa menempuhi episod baru apabila roh yang telah dibangkitkan itu sering mengganggu mereka semua.

Apakah yang roh itu inginkan daripada mereka? Kenapa roh itu tidak mahu melepaskan mereka?

“Tapi macam mana batu nisan boleh ada kat sini? Takkan kubur sesat kot? Mustahil. Siapa yang pacakkan batu nisan kat tengah-tengah hutan ni. Ke ada orang nak menakutkan pengunjungnya?” - JHAZNARUL

“Cu...buangkan buku tu cu. Tolong nenek cu... Nenek merayu, tolong nenek cu...” - ROH NENEK TUA

“Cepatlah kita duduk keliling kubur sesat ni. Lepas tu kita seru nenek tua tu agar dia boleh berikan kita nombor ekor. Cepat sikit jadi kaya.” - FIRDEE AQASHA

“Hei, siapa yang bawa dia ke sini? Cepat siap! Tercegat apa lagi? Kau orang nak mampus 
ke? Aku masih sayangkan nyawa aku.” - ZUNIKA

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Tahniah, atas penerbitan novel ini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

EBRIZA AMINNUDIN said...

Waalaikumussalam ... Insya ALLAH saya akan lawat blog awak ya.