Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 29, 2009
Sembahyang Akhir Waktu
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya.Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
------------------------------------------------
Kisahnya....
--------------
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya?
-----------------------------------------
Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.
------------------------------
Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.
--------------------
Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi.
--------------------------------
Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
-------------------------------------------
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Ish. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu takde nilai, kena azab lagi nanti.
---------------------------------------------
Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.
Amin.
Thursday, December 17, 2009
Wednesday, December 16, 2009
Jika Suami
KALAU SUAMI
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA
.. ..............
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati
PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI .... KALAU SUAMI .... lebih banyak dari JIKA SUAMI ... maka berhati-hatilah.Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA
.. ..............
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati
PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI .... KALAU SUAMI .... lebih banyak dari JIKA SUAMI ... maka berhati-hatilah.Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.
PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...
Monday, December 7, 2009
6 Perkara Yang Allah Sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan t ida k ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zam an nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu t ida k akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W..T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Friday, December 4, 2009
Petua Mencuci Hati
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.
Wednesday, December 2, 2009
Pesan Rasulullah Sebelum Tidur
Sekadar ingat mengingati…..
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat pada hari akhir,
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat pada hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kamu laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah..... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhuwallahu ahad' Alloohussomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah salawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illallahu allahu akbar(3 x )
Subscribe to:
Posts (Atom)