Saturday, June 6, 2009

HUJAN RINDU

Hujan itu mencurah-curah
Hingga membanjiri datarannya
Terlalu lebat sehingga tidak mampu dikawal.

Hujan itu mencurah-curah
Melanda tanpa berjemput
Sehingga meninggalkan kesan sesudah reda

Hujan itu mencurah-curah
Melemaskan aku di dalamnya
Sehingga sukar bernafas.

Itu hujan rindu
Yang tak mampu ku elak
Melanda dataran hati
Membanjiri dataran jiwa
Meninggal kesan yang terlalu mendalam.

Itu hujan rindu
Itu hujan rindu
Membuat nafas ku tersekat
Membuat aku lemas
Membuat aku sepi
Membuat aku sunyi
Selepas ia reda.

8 comments:

caluk@cencaluk said...

he he sini jerebu

sharmiza24 said...

hai baru balik kenduri kahwin ada hujan jgn nangis tak sejuk dah ni duk panas . jgn marah.

EBRIZA AMINNUDIN said...

kelakar korang ni. hahaha

joe said...

hehe..itulah org seni ni..tgk ujan pon leh buat sajak..
tanggap syahdu lak tu...caiyok!
windu kat caluk..keh3.

EBRIZA AMINNUDIN said...

haha.itu hujan rindu yg membara.itulah insan seni.

Mersik said...

Uii.. hujan ka? Hmm.. tak yah layan rindu, sepi, lemas.. dan segala2nya

Baik cari kopitiam , pekena kopi dan roti bakar ka.. lepak2 , santai2..

Asyikk gituu.. hik hik

Cetusan said...

KL jerubu lari ke PD masih ada sikit jerubu.

hari ni ada sikit ..elnino??

mr.J @ pengeRindu.com said...

kadang2. hujan itu juga bisa membuatkan manusia serga,

kadang2 . hujang itu juga bisa membuat manusia mati..

yang baik tidak semestinya baik.
yang jahat tidak selalunya jahat..

Salam Rindu.
www.pengeRindu.com