Friday, June 26, 2009

AWARD DARI REHAL NURHARIS

Assalammualaikum. Ni award yang saya dapat dari adik kesayangan = Rehal Nurharis. Adik saya sorang ni laa, merajuk bukan main lagi sebab dah lama tak kunjung blog dia. Sorry Bro banyak pikiaq sangat sampai kesihatan pun tak terjaga. Hahaha ... tapi dun wori, dah semakin sihat ni and thanx for the special award.
P/S: Bro ... harap puas hati key.



Sunday, June 21, 2009

Wednesday, June 17, 2009

Jalan Buntu

Keliru menemui jalan buntu
Tiada jalan keluar selain jalan buntu
Ke sana sini masih jalan buntu

Arrghhh!!!
Hadapkan aku jalan keluar
Dari segala jalan buntu ini

Bantu aku
Tolong aku
Daripada tersesat di jalan buntu.

Wednesday, June 10, 2009

Saturday, June 6, 2009

HUJAN RINDU

Hujan itu mencurah-curah
Hingga membanjiri datarannya
Terlalu lebat sehingga tidak mampu dikawal.

Hujan itu mencurah-curah
Melanda tanpa berjemput
Sehingga meninggalkan kesan sesudah reda

Hujan itu mencurah-curah
Melemaskan aku di dalamnya
Sehingga sukar bernafas.

Itu hujan rindu
Yang tak mampu ku elak
Melanda dataran hati
Membanjiri dataran jiwa
Meninggal kesan yang terlalu mendalam.

Itu hujan rindu
Itu hujan rindu
Membuat nafas ku tersekat
Membuat aku lemas
Membuat aku sepi
Membuat aku sunyi
Selepas ia reda.