Friday, April 24, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog Ruang Rindu. Apakhabar? Hik hik hik. Dah lama rasanya tidak menitip sebarang bicara sejak pulang daripada menghadiri Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. Penatnya masih terasa. Atas permintaan ramai, di sini saya layarkan kenangan semasa di PBAKL 2009.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC 2009 kali ini memberikan saya seribu satu kenangan yang terindah. Bukan bermaksud pesta2 buku yang sebelumnya tiada memori tetapi kali ini cukup bermakna dan menjadi lipatan sejarah untuk diri sendiri. Setiap PBAKL mempunyai memorinya yang tersendiri.

Pada 18. 04. 2009 – Adalah jemputan rasmi saya ke Fajar Pakeer. Setibanya saya di sana (sebelum tu, jenuh jugak nak cari booth, walhal punyalah dekat. Kih kih kih. Tapi tak pe, ada Kak Long. Kan .... Kan ... Kan .... Kak Long Kan.) saya dan Pu3Imaneisya disambut oleh Hafierda Afiela dan Bikash Nur Idris. Punyalah best sebab dah lama tak bertemu rakan-rakan penulis selain bertanya khabar di YM atau SMS saja. PBAKL lah merupakan gudang perjumpaan rakan-rakan seperjuangan, tidak kiralah sama ada penulis baru ataupun sudah lama berkecimpung. Sempat jugak berkenal-kenalan dengan penulis-penulis baru FP seperti Kak Mahizan, Kak Chempaka, Wanie dan Kak Qaseh. Seronok dapat kenal dengan dorang ni. Kecoh beb tapi best. Sekepala. Hehehe. Tapi sayangnya tak sempat ambik gambar dek kerana sibuk berbual. Lepas minum petang terus tak jumpa dorang. Huhuhu. Sempat jua bertemu dengan Najwa Aiman. Sudah lama tak bertemu dengan mamat sorang ni. Tetap macam dulu. Sempoiii. Hik hik hik.

Yang paling best dapat berjumpa dengan My Sis Ara Suhara. Nampak sangat muka letih saya tapi demi orang-orang yang dekat di hati, tetap saya luangkan masa bersama dengan mereka. Walaupun pertama kali bersua dengan Sis Ara tetapi rasa bagaikan sudah lama bertemu dan bermesra kerana Sis Ara dan Sis Liza memang sekepala dengan saya. Tu yang buat semakin rapat. Sis, Thanx for your gift. I pakai tau keesokkan harinya masa jumpa Dina. Terima kasih jua kerana belanja Dinner di Chicken Hut.

Masa hari ni juga sempatlah saya bertemu dengan Penulis Karnadya seperti Kak Syima Syawal, Kak DS, Pokcik Mersik, Zahida Zakarsi, Kak Aina Emir, Kak Mimie Afinie dan beberapa kenalan. Dari Singapore – Mama Jambu. Makin Jambu lah mama. Hehhee. Siti dan yang lain-lain.

19.04.2009 – Hari Inilah yang saya tertunggu-tunggu sebenarnya kerana ingin sangat bertemu dengan rakan-rakan forum CC. Selama ni saya hanya berbual dengan mereka di forum sahaja dan kali ini hajat tercapai apabila bertentangan mata. Dorang memang happening specially Gee, Dina, Anyss, Cokek (Jagalah ... ada lori ada bas), Jieadam, Hot Mum dan Fadxiora. Sebagaimana dalam CC begitu jualah di luar. Hilang Rindu Abby pada korang semua. Dan terima kasih pada Dina yang telah membawa sardin roll. Sedappppp.

Hari ni juga merupakan hari exercise tangan. Alhamdulillah, JKT dan HD memang laju apatah lagi bila berdua dengan sis Siti Rosmizah. Masing-masing mempunyai penggemar yang tersendiri. Buat semua penguhuni BUKU PRIMA, terima kasih di atas layanan mesra anda. Seronok sangat. Begitu jua dengan warga FP. Hampir pukul 7 jugalah saya stay di Booth Buku Prima. Memang Happening. Dapat juga berkenalan dengan beberapa penulis Buku Prima yang belum pernah saya jumpa sebelum ini.

Friday, April 17, 2009

Thursday, April 9, 2009

JUMPA ANDA DI SANA YA!

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009
PWTC


17-26 April 2009
Berkunjunglah ke Booth FP:
3026, 3027, 3042 & 3043
(Dewan Tun Razak 3)


Sesi bertemu penulis FP:


18 April 2009
- Cempaka Meerniz
- Ebriza Aminnudin
- Sofieza Isqandar
- Suria Areesya
- Mahizan Husain
- Wannie Nordin


19 April 2009
- Fateen Najwa
- Dinaz Salsabila
- Qaseh Qaisara
- Ellise Gee
- Eny Ryhanna
- Romibaiduri Zahar


25 April 2009
- Sarnia Yahya
- Nor Rafishah Md. Hassan
- Anita Aruszi
- Umaira Dzul Widad
- Siti Rozilah


26 April 2009
- Rehal Nuharis
- Hafirda Afiela
- Ezi Afiza
PERHATIAN SEBENTAR:
SATU LAGI SESI YANG SAYA AKAN BERTEMU DENGAN ANDA SEMUA DI BOOTH BUKU PRIMA PADA 19.04.2009. KAT SINI MEMANG SATU HARI SAYA DI SANA. KALAU TAK DAPAT JUMPA 18HB TU, 19HB ADA LAGI. SO JUMPA ANDA DI SANA NANTI.

Tuesday, April 7, 2009

Lagi Komen Untuk MAHARKARYA CINTA DAN JANGAN KAU TANGISI.


Assalamualaikum, Apa khabar hari nie? selamat berhari minggu ye dan semoga ceria selalu...... Akak dah baca mungkin 3 buku yg ditulis oleh awak.. yang mula-mula akak baca "hanya dikau" yang ini akak suka biasalah kan kalau kita jadi pembaca tentu kita mahu yang happi ending kan tapi itu pendpat akak aja.....

Yang keduanya akak baca "mahakarya cinta" ini pun akak jumpa seorang perempuan semasa book fair kat sini kan.. dia puji buku awak nie..katanya sungguh siuk..[hah tu ckap Brunei tu maksudnya seronok] katanya lagi beberapa kali dah dia baca tetap juga mengalir air mata...hemmm apa lagi akak pun beli, ini pun akak pesan kat anak akak yang kebetulan pegi KL sama makciknya.. hemmm akak dah baca....

Begitu juga dengan buku yang tebaru " jangan kau tangisi " ...akak pun dah baca dik.... adui...kalau le ada perempuan yang sentiasa inginkan kebahagiaan seorang dari kebahagiaan dirinya.....mulia sungguh......sedih sehingga bercucuran air mata..nasib hubby tak tengok kalau tidak habis digelak .

Apapa pun, akak tabik dan ucapkan Bravo serta Good Job sebab dapat buat akak sedih.....

Satu lagi pertanyaan , dah ada buku yg terlastest kah? or masih dalam penulisan.......

P/s : Akak ucapkan semoga maju jaya dalam berkarya dan sentiasa di dalam keberkatan Allah....amin.....

yang ikhlas tapi jauh,Mummy Hannan

JAWAPAN SAYA:

Terima kasih kak kerana memberi sokongan pada saya. Syukur Alhamdulillah sekiranya Novel saya boleh meninggalkan kesan jiwa di dalam hati pembaca saya. Walaupun ia bersifat santai tapi sekiranya direnung dan dihayati, ada pengajaran yang terselit di dalamnya. Begitu cara saya berkarya dan menyampaikan mesej.

Novel Terbaru dalam proses penyiapan. Sabar menanti ye. Hik hik hik.




Monday, April 6, 2009

Sebuah Hati Di Cheng Du

Di sini saya muatkan beberapa karya saya dalam buku kompilasi setelah mengikuti kursus MPR 1997. Saya juga akan muatkan diari MPR 97 saya versi serius kerana ada yang menyatakan kenangan MPR saya terlalu santai dan tidak mencapai standard MPR. Untuk pengetahuan semua, sememangnya kenangan yang saya catatkan sebelum ini dibuat secara santai untuk merileks minda pengunjung Ruang Rindu. Saya tidak mahu membebankan fikiran mereka dengan bahasa sastera yang berat kerana Ruang Rindu bukannya sebuah blog sastera dan ia lebih merupakan blog merilekskan minda. Harap maklum.
















Friday, April 3, 2009

Minggu Penulis Remaja 97 - 1001 Memori Terindah


Pin … Pin … Pin …

Segera saya berlari ke hadapan untuk menjenguk siapakah yang datang.

‘Oh, Abang posmen.’ Segera bibir saya mengukir senyuman yang bermakna. Sememangnya kehadiran abang posmen selalu saya tertunggu-tunggu menanti balasan surat daripada teman-teman. Yelah … 12 tahun yang lalu mana ada telefon bimbit lagi. Kalau ada pun harganya terlalu mahal jadi hanya suratlah pengganti diri untuk bertanya khabar. Sebaik sahaja selepas abang posmen berlalu pergi, saya segera mencapai kunci utama rumah lalu membukanya dan terus berlari ke arah pos box untuk mengambil surat. Hati saya berdebar-debar apabila melihat nama saya tertera di atas sampul surat yang bercop rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya terus membuka surat itu di situ juga.

“Tahniah anda terpilih untuk mengikuti kursus Minggu Penulis Remaja 1997 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Anda diminta melaporkan diri … bla … bla … bla …” Melompat girang saya di situ juga apabila menerima surat jemputan DBP untuk melaporkan diri sempena Minggu Penulis Remaja 1997 atau lebih dikenali sebagai MPR97. Terus saya membawa surat itu ke dalam rumah dan menunjukkan kepada mama serta meminta izin daripadanya untuk mengikuti kursus penulisan yang sememangnya saya minati.

“Mama … orang dapat surat dari DBP untuk mengikuti kursus penulisan. Nak pi lah sebab bukan semua orang terpilih untuk ikut kursus ni. Boleh tak?” Lirih saya memandang kepada mama.

“Mama tak kisah tapi macam mana kalau tengah hang ikut kursus tu … tiba-tiba dapat surat tawaran universiti?” Tanya mama pula.

“Kalau dapat surat tawaran universiti, mamalah yang mai KL, bawa semua baju orang.” Gurau saya selamba. Selepas kebenaran diberikan oleh abah, saya terus mengemas kain baju untuk dibawa ke KL bagi mengikuti kursus penulisan itu yang bertempatkan di salah sebuah hotel di KL.

Tiba hari dan waktunya, saya pun berangkat ke tempat yang ditetapkan oleh pihak DBP sepanjang kursus itu berlangsung. Selepas sahaja pendaftaran, saya terus ditempatkan sebilik dengan besfren saya, Khairul Hazlina. Apa lagi, gembiranya hati tidak terkata. Kami yang sememangnya mesra terus menjadi mesra sehingga menimbulkan keseronokkan di hati urusetia melihat kemesraan kami. Salah seorang urusetia lelaki MPR97 memang syok tengok gelagat kami berdua sehingga tercetusnya dialog ini.

“Aku suka tengok gelagat mereka berdua ni. Walaupun baru kenal tapi macam dah lama kenal. Bukan main mesra lagi.” Saya dan Khairul Hazlina saling berpandangan dengan senyuman yang terukir dibibir masing-masing. Kami yang sememangnya dah kenal, buat bodoh sajalah. Hehehe ...

Pada malam itu, ketika sedang makan malam, banyak mata yang memandang ke arah diri saya. Teperasanlah sekejap. Hehehe ... yelah, masakan seorang gadis yang tidak cantik dan sedap badan, tiba2 menjadi perhatian pulak kan? Sedangkan kat situ, ramai lagi gadis2 yang cantik daripada saya. Walaupun begitu, saya buat selamba badak macam tak ada apa-apa. Bukan sahaja melayu, malah lelaki india pun ada menjeling2 ke arah saya. Hahaha ... Alah ... semua lelaki yang ikut MPR 97, semuanya muda2 belaka kecuali seorang lelaki melayu dan seorang lagi lelaki india. Sebaik sahaja selepas makan malam, kami adakan aktiviti memperkenalkan diri. Saya nak duduk di sebelah Khairul Hazlina tapi ramai yang dengki duduk sebelah dia dulu, jadi saya terpaksa duduk di sebelah salah seorang urusetia lelaki yang gagah perkasa. Sebaik selepas sesi kenal-mengenal ni ... ada beberapa aktiviti lain sebelum kami dibenarkan pulang ke bilik masing2.

Keesokkan harinya, saya memakai blaus yang bercorak rimau campur singa. Cantik corak tu tapi tak sangka pulak gara-gara baju yang saya pakai terus menaikkan populariti saya yang tak pernah saya duga. Selama ni, mana ada orang nak pandang saya pun. Tengok saya pun belum tentu sudi tapi MPR97 memang telah memberi 1001 kenangan manis buat gadis seperti saya. Selepas bergambar kenangan, kami dibawa oleh pihak urusetia melawat Bank Rakyat, kilang pencetakkan DBP dan juga beberapa tempat bersejarah di Kuala Lumpur. Masa ni ler ramai yang mengagah saya dengan gelaran Gadis Rimau dan juga Gadis Singa. Suka2 hati depa saja yek ... terkejut gak saya tiba2 jadi popular dalam sekelip mata. Sesuatu yang memang tak terduga. Ahaks.

Bukan senang jadi orang popular ni tau sebab setiap gerak geri saya diperhati. Naik malu saya. Orang yang sepatutnya glemer pada minggu tu ... tak jadi glemer. Hehehe ... Yang paling saya terkejut ada juga peserta yang menghafal nama, tempat tinggal, no fon rumah dan juga IC saya. Memang glemer habis saya time tu hinggakan ada urusetia wanita yang bertanyakan saya betul ke apa yang mereka hafalkan tu. Saya hanya mengangguk kepala sahaja. Gila! Memang gila! Tak pernah orang menghafal segala detail peribadi saya yang terkandung di dalam buku cenderamata selama ini tapi itu yang terjadi. Saya yang pendiam dan hanya menjadi seorang pemerhati, tiba-tiba terus melonjak naik nama yang tak seberapa ini.

Daripada situ, saya terus sahaja melayani kerenah mereka yang ingin merapatkan diri dengan saya sebagai sahabat. Dah saya cakap, tak susah nak berkawan dengan saya. Tapi ada satu insiden ni, di mana seorang lelaki India ni kerap menelefon saya di bilik hotel di mana saya tinggal setiap saat. Sampaikan saya nak solat dan mandi pun tak senang dan saya pun apa lagi naik hangin ler satu badan. Akhirnya, saya pesan kat kawan2 sebilik, jika mereka telefon lagi katakan saya sedang mandi. Malas nak layan. Dah saya tak layan di telefon, bilik saya lak yang menjadi mangsa ketukan dan lari. Bengang giler.

Di saat itulah, saya sering menjadi mangsa usikan mereka tak kira tempat ataupun masa. Ada seorang kakak MPR tu yang turut menjadi peserta sekali dengan saya menyatakan setiap kali dia melihat saya mesti dia membayangkan saya seperti seorang pramugari. Ya Allahhuakbar ... nak jadi pramugari ... jauh panggang dari api. Naik malu saya apabila dipuji begitu yang selama ini hanya kutukan sahaja yang saya dapat daripada rakan2 sekelas di tingkatan 6 atas terutama sekali daripada kaum lelaki kerana badan saya yang kurus sikit daripada blue hippo. Tak sangka pulak, lain orang lain pandangan mereka. Sedikit kebanggaan terbit di hati saya apabila gadis yang berbadan besar mendapat pujian.

Di suatu hari yang lain yang membuat saya bertambah malu apabila ada salah seorang urusetia lelaki menyatakan pada salah seorang peserta lelaki MPR 97 yang dia tidak boleh lupa pada suara, senyuman dan lirikan mata saya. Saya bukan sengaja nak dengar perbualan mereka, kebetulan saya lalu di tempat tu dan terdengar perbualan antara dua orang jejaka ini. Pada mulanya, saya ingatkan siapalah gadis yang dimaksudkan dan saya memang tak sangka gadis itu adalah saya. Peserta lelaki ni, minta abang urusetia tu memberitahu nama gadis yang telah memikat hatinya tapi dia enggan membuatkan peserta lelaki ni mengagak nama gadis peserta MPR. Merona merah wajah saya apabila nama saya menjadi sasaran. Nasib baiklah tiada siapa yang mendengar ketika itu, kalau tak ... hmm ... sah saya yang akan menjadi mangsa usikan dan keadaan. Sejak daripada hari itu, saya sentiasa malu berhadapan dengan abang urusetia ini. Kadang2 saya menebalkan juga wajah yang tak cun ni berbual dengannya pada perkara2 yang tertentu. Malu beb! Kadang2 saya tertanya-tanya sendiri, ye ke best suara saya ni .... ye ke manis senyuman saya ni ... macam perli saya jek ... Hahaha ... Tapi saya sedar bahawa lain orang lain pandangannya.

Di saat kemuncak MPR 97, saya mendapat panggilan telefon daripada emak Khairul Hazlina menyatakan bahawa saya mendapat tawaran Masscomm di UiTM Shah Alam. Melompat girang saya. Habis katil di hotel tu gara-gara saya Khairul Hazlina dan Ila melompat sambil berpeluk-pelukkan sesama sendiri. Tak sangka jugak gurauan saya pada mama menjadi kenyataan. Mamalah yang terpaksa mengemas pakaian saya sebelum pendaftaran di UiTM Shah Alam. Sayang pula nak meninggalkan minggu MPR yang tinggal tidak berapa hari lagi tapi apakan daya, pelajaran itu lebih penting untuk mencorak masa depan saya sendiri dan minggu MPR terpaksa saya tinggalkan dengan 1001 memori indah.

Ketika hari terakhirsaya di situ, ramai yang meminta tandatangan saya macam artis saja lagaknya. Lenguh juga jari-jemari saya menurunkan kata-kata perangsang buat mereka. Saya berpesan, jika ada masa titipkanlah surat buat saya untuk bertanyakan khabar.

Sehingga hari ini, hanya beberapa orang sahaja yang masih keep in touch dengan saya. Yang selebihnya, saya tidak tahu ke mana mereka pergi. Kadang-kadang apabila terkenangkan sepanjang minggu MPR 97 membuat saya tersenyum sendiri kerana memori itu cukup berharga buat saya. Saya tidak pernah mengalami memori sebagaimana mereka memberikan kenangan manis itu buat saya. Segala air mata duka saya terhapus dengan gelagat mereka.

Untuk semua peserta-peserta MPR 97 ... saya amat merindui kalian tidak kira lelaki ataupun perempuan. Seandainya ada di antara mereka membaca memori ini, harap sudilah mereka menghubungi diri saya semula. Dan kalian telah memberi satu memori terindah yang amat berharga di dalam hidup saya dan menjadikan saya sebagai seorang gadis yang tidak terasa kekurangan di dalam dirinya.

Untuk semua tenaga pengajar dan urusetia sepanjang minggu MPR 97 ... terima kasih banyak2 kerana memberi ilmu kepada kami dan juga menjaga kami seperti adik sendiri.