Saturday, August 21, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq


Assalamualaikum,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq kepada seluruh umat Islam. Sudah 11 hari kita berada di dalam bulan puasa.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan sekiranya ada perilaku saya yang tidak disenangi dan kata tutur saya yang bisa mengguris perasaan Anda semua. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan memberi seribu erti buat kita semua dan memberi seribu kebahagiaan yang didambakan.

Semoga Allah Memberikan Kamu PELANGI untuk setiap ujian,
SENYUMAN untuk Setiap Tangisan,
RAHMAT untuk Setiap Cubaan,
KEKUATAN untuk Setiap Dugaan,
MAKBUL untuk Setiap Doa.

Thursday, August 5, 2010

Full Version Of Promo Amira Syakila

Apakah yang terjadi apabila makhluk hodoh Amira Syakila mengamuk?
Mampukah Emmelyn bertahan di vila itu atau dia mengundur diri daripada terus menetap di sana?

Apakah yang terjadi sebenarnya sehingga Amira Syakila kembali ke dunia nyata?????

Tuesday, August 3, 2010

Promo VILA AMIRA SYAKILA kiriman Peminat MISTERI ...

Sudahkah anda bersedia untuk mengharungi vila penuh mistik bersama Farra Amalina atau dengan panggilan manja, Emmelyn? Adakah anda akan bertahan dengan Emmelyn di Vila Amira Syakila selama 3 hari atau anda tidak sanggup dan membiarkan Emmelyn bersendirian di vila itu? Apa yang ada di vila itu? Kenapa Emmelyn diganggu? Apa yang membuat Makhluk Hodoh Amira Syakila begitu meradang sehingga ingin membalas dendam? Saksikan Promo Ini ...

Saturday, July 31, 2010

Jangan Kau Tangisi Full Songs Version

Apa pendapat anda tentang promo Novel Jangan Kau Tangisi ini? Adakah dapat menyentuh rasa anda sebagai peminat novel untuk memilikinya atau disebaliknya? Pada pendapat anda, bagaimanakah cara terbaik untuk mempromosikan sesuatu novel itu selain penerbit yang mempromosikannya? Kongsikan pendapat anda bersama saya. Sekian Terima Kasih.

Monday, July 26, 2010

Jangan Kau Tangisi Versi Video

Meh layan!

Saturday, July 24, 2010

LAYAN JANGAN KAU TANGISI


‘Ingin sekali aku ucapkan selamat tinggal pada dunia penderitaan dan kesengsaraan yang telah lama menghuni dalam diri ku ini’ – Haifa Hezzy
-----------------------------------------------------------------------


‘Naruto,

Engkau tahu tak apa maksud cinta sejati? Menurut kamus dewan cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sangat berahi, manakala sejati pula bermaksud asli, murni dan tulen. Namun bagi kamus Haifa Hezzy cinta sejati bermaksud cinta yang sungguh sempurna yang hadir dalam diri kita sehingga sukar untuk melupakan cinta itu.

Ya Naruto, kali ini aku betul-betul telah jatuh cinta dan ia merupakan cinta sejati buat diri ini sehingga sukar untuk melupakannya. Kenikmatan cinta itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata setelah kita berada di bawah payung asmaranya. Aku benar-benar terasa keindahan itu, Naruto. Keindahan bercinta yang tidak pernah aku dapati daripada mana-mana jejaka yang pernah mendampingiku sebelum ini. Zahamizal, Huzaifah dan Fizran tidak mampu memberi cinta yang cukup sempurna sebagaimana dirinya. Aku lemas dalam danau rindunya dan aku rimas dalam simpulan kasihnya. Namun aku bahagia menjadi sebahagian daripada hatinya. Ah Naruto, aku benar-benar terasa nikmat cinta yang jarang aku perolehi selama aku mencarinya. Itulah cinta sejati yang terhebat pernah aku rasai dalam seumur hidupku sehingga kini.
-----------------------------------------------------------------


‘Naruto,Akhirnya aku telah lepaskan cinta hatiku di tangan sahabat baikku sendiri iaitu Fezra. Cinta sejati yang sukar ku perolehi dari mana-mana lelaki terpaksa ku lepaskan jua demi sebuah kebahagiaan yang berpanjangan. Aku tak dapat hendak berikan kebahagiaan yang berpanjangan itu kepadanya Naruto kerana satu lagi kebenaran yang ku rahsiakan daripadanya amat menyiksakan. Aku telah terperangkap dalam masalah yang telah ditakdirkan dalam hidup aku. Ia telah tersurat aku akan terkurung di dalamnya tanpa dapat membebaskan diri lagi. Bukan aku tak cuba untuk keluarkan diri daripada kurungan itu Naruto... telah ku cuba sedaya yang mungkin namun ia tetap tak mahu membebaskan aku. Masalah itu jugalah yang menjadi penyebab utama kenapa aku terpaksa melepaskan Umran Zahini satu-satunya jejaka yang teramat dalam cintaku padanya. Maafkan aku, Yanz kerana telah menghadiahkan penderitaan ini...
------------------------------------------------------------------


“Han, terima kasih kerana tidak menaruh dendam pada I..” Perlahan-lahan Haifa Hezzy bersuara manja. Umran Zahini menyimpul senyuman manis.

“Babe, you tau tak bertapa rindunya I nak dengar panggilan tu terucap dari bibir you? I pernah cuba untuk melupakan you, Babe tapi I tak mampu kerana semakin hari semakin sayang I pada you. Kalau untuk melupakan diri you pun I tak boleh, bagaimana untuk I cipta dendam dan benci itu pada diri you, Babe. Kini I bertambah cinta dengan you setelah tahu kenapa you lakukan semua ini dan kenapa you tuntut pengorbanan ke atas cinta kita. Terima kasih kerana pentingkan kebahagiaan dan kegembiraan I selama ini. Kini I lebih mengerti tentang sikap you, Babe. Mahal na mahal kita.” Umran Zahini mengucup tangan Haifa Hezzy setelah mengucapkan bertapa aku cintakan kau dalam bahasa Tagalog. Haifa Hezzy menyeka air matanya yang tumpah. – JANGAN KAU TANGISI (BUKU PRIMA)

Friday, July 23, 2010

Pertemuan Dengan Seorang Sahabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog ku. Apakhabar anda semua. Kini saya kembali berblog walaupun sudah lama tidak mengemaskinikan blog.

Saya ingin kongsikan pertemuan saya dengan seorang rakan yang banyak memberi nasihat kepada saya tentang dunia penulisan dan juga pengetahuan am yang diketahuinya. Banyak jugalah maklumat yang saya perolehi daripadanya. Banyak juga tips-tips yang diberikan kepada saya di saat kepala buntu untuk mengeluarkan idea. Terima kasih saya ucapkan kepadanya yang banyak berkongsi segala-galanya. Terbuka sekejap minda saya untuk mencari maklumat dan idea-idea yang diperlukan. Sesungguhnya memang agak tertekan dalam mencari idea. Bukan senang idea hendak datang dan kemudian dikembangkan menjadi sebuah cerita yang sempurna. Kalau anda semua hendak tahu betapa peritnya menjadi seorang penulis, tulislah sebuah novel dan anda akan merasai pengalaman itu sendiri. Jika tidak, jangan tahu komen sahaja tanpa teguran yang berasas.

Di penghujung pertemuan, dia telah menghadiahkan saya cokelat yang menjadi kegemaran saya. Terima kasih Anyss. Sedap betul cokelat ni...