Saturday, March 7, 2009

Sesiapa Jua Boleh Menjadi PENULIS

Assalammualaikum dan Salam sejahtera buat semua pengunjung blog Ruang Rindu.


Saya agak tertarik untuk mengutarakan satu persoalan iaitu boleh ke semua orang menjadi penulis? Jawapannya sudah tentulah boleh. Kenapa tidak boleh pulak. Betul tak? Untuk menjadi seorang penulis, kami tidak diklasifikasikan kepada seseorang yang tertentu. Bukan orang sastera sahaja yang mampu menjadi penulis malahan, Doktor juga boleh menjadi seorang penulis, begitu juga dengan peguam tetapi corak penulisan mereka sudah tentu berlainan daripada orang yang khusus dalam dunia kesusasteraan tapi tidak mustahilkan mereka jua boleh menulis genre sastera. Lihat sahaja Siti Rosmizah, beliau juga seorang peguam tetapi telah menjadi penulis novel sastera dan karya beliau Andai Itu Takdirnya terbitan Buku Prima merupakan novel yang terlaris. Nah ... apa lagi yang anda fikirkan untuk menjadi penulis novel sastera?

Bagi saya, sesiapa jua boleh menjadi seorang penulis jika mempunyai bakat, minat dan keinginan. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jadi, jika anda hendak menjadi seorang penulis, anda haruslah membuat beberapa penyediaan diri terlebih dahulu sebelum menghasilkan karya sendiri. Penyediaannya mudah aje, anda boleh membeli buku penyediaan sebelum menghasilkan novel iaitu karya daripada Allahyarham Dr. Othman Puteh ataupun karya Mana Sikana, di mana anda boleh mendapat sedikit tips sebelum mengeluarkan buku sendiri. Anda juga boleh membuat kajian dengan membeli novel-novel yang terlaris untuk mengetahui corak karya yang bagaimana selalunya menjadi pilihan pembaca. Kemudian, anda boleh mengarang mengikut stail anda yang tersendiri kerana setiap penulis ada pengikutnya yang tersendiri. Anda juga harus memastikan cerita yang akan anda persembahkan haruslah ada aura tarikan yang tersendiri untuk menarik minat para pembaca diluar sana yang tidak akan anda tahu siapa yang akan menjadi penggemar kepada setiap karya anda, sama ada golongan remaja ataupun dewasa. Yang paling penting sebelum menghantar karya ke mana-mana jua penerbitan, syarat-syarat yang ditetapkan oleh penerbit juga harus dituruti untuk memastikan karya anda terpilih. Ye lah, sampai bila nak baca hasil karya orang ye tak? Sesekali nak juga baca hasil karya sendiri.

Ada juga penulis yang menulis untuk mencari duit sampingan dan tidak kurang juga untuk mencari kepuasan. Bagi saya, saya menulis untuk mencari kepuasan selain duit tambahan. Kepuasan adalah keutamaan ketika saya mengarang. Saya akan menjadi lebih puas jika ada yang menghargai karya saya.

Oleh yang demikian, bak kata pepatah “Yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan teladan.” Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna dari segala segi. Apa yang termampu, itulah yang saya persembahkan.

Wassalam.

4 comments:

sharmiza24 said...

oh bukan mudah nak jadi penulis kita kena tahu bahasa dan gaya kalau tak ada maka jatuh le cerita novel walaupun cerita itu menarik sekali bukan macam penulis dia sudah tahu apa yang nak tulis kata gaya bahasa .lain peguam mereka berhari bersemuka dgn macam ragam manusia ,jadi mereka tahu apa hendak memnulis tajuk macam kes dlm mahkamah dan juga doctor pula ada macam kes di hospital ini, what ever they write and do work they are true even every body said not true. maaf ye bukan ejek tau

KuNora said...

Salam,saya memang berminat untuk menulis novel. Mohon perkongsian daripada saudari bagaimana cara untuk memasarkan novel kita. Maksud saya apakah langkah-langkah atau prosedur2 yang perlu saya ambil utk menghantar hasil novel saya kpd penerbit?

Nur Syu said...

Assalamuakalikum w.b.t.
Menulis novel adalah salah satu hobi saya. Pantang melihat masa yang terbuang pasti sudah saya akan menghabiskan masa saya di hadapan komputer. Saya juga telah mengarang lebih dari 10 buah cerpen dan sebuah novel. Untuk pengetahuan akak, saya merupakan seorang gadis yang baru berusia 16 tahun. Sudah saya berikan keluarga dan teman2 terdekat untuk menilainya. Tanpa saya sangka, mereka memberikan komen positif lalu meminta saya untuk menghantarnya ke syarikat penerbitan. Tidak saya nafikan memanglah menjadi impian dan cita-cita saya untuk menjadi seorang penulis novel dan juga sebagai peguam seperti Siti Rosmizah. Masalah saya, saya risau seandainya karya saya ditolak kerana faktor umur saya.

Izzah Haneefa said...

salam..
camner nak publish novel kat pasaran?
sya takut sbb umur sye baru 14..
mngkin mreka akan tolak karya saya..
kalo akak tahu caranya..
tolonglah...