Wednesday, July 24, 2013
Wednesday, July 17, 2013
Carta TOP 10 Genre Remaja / Kanak-Kanak
Buku kanak-kanak yang mana satu paling laris di Buku Prima? Novel remaja pula macam mana? Berikut admin kongsikan Carta 10 Terlaris bagi buku Kanak-kanak dan Remaja:
1) Natasya Mahu Cantik - Umi E.Na
2) Mia Merah Jambu - Athirah Azhar
3) Love@Skool.com - Kompilasi Majalah G3
4) Miss Blur - Ebriza Aminnuddin
5) Kawan Baik Forever - Wafa Arissa
6) Diari Alya - Aida Azam
7) Cinta@FB - Umi E.Na
MCK6-Kasutku Dari Itali, Awak Ada? - Iris Ixora, Wardah Munirah, Zakiah Abd. Ghaffar, Julie Jasmin, Bikash Nur Idris
9) Hafizul VS Husna - Tan Teck Hwa
10) 1 Hari 1 Cerita-Kawan Baru FB - Lynn Dayana, Laila Kamilia, Maryam Elyas, Nurliza Mohd. Nasir, Zakiah Abd. Ghaffar
Kepada yang belum mendapatkan buku-buku ini, boleh dapatkan di Karangkraf Mall atau melalui pembelian secara online dihttp://mall.karangkraf.com/index.asp.
Tahniah juga admin ucapkan kepada penulis yang bukunya tersenarai...
1) Natasya Mahu Cantik - Umi E.Na
2) Mia Merah Jambu - Athirah Azhar
3) Love@Skool.com - Kompilasi Majalah G3
4) Miss Blur - Ebriza Aminnuddin
5) Kawan Baik Forever - Wafa Arissa
6) Diari Alya - Aida Azam
7) Cinta@FB - Umi E.Na
MCK6-Kasutku Dari Itali, Awak Ada? - Iris Ixora, Wardah Munirah, Zakiah Abd. Ghaffar, Julie Jasmin, Bikash Nur Idris
9) Hafizul VS Husna - Tan Teck Hwa
10) 1 Hari 1 Cerita-Kawan Baru FB - Lynn Dayana, Laila Kamilia, Maryam Elyas, Nurliza Mohd. Nasir, Zakiah Abd. Ghaffar
Kepada yang belum mendapatkan buku-buku ini, boleh dapatkan di Karangkraf Mall atau melalui pembelian secara online dihttp://mall.karangkraf.com/index.asp.
Tahniah juga admin ucapkan kepada penulis yang bukunya tersenarai...
Tuesday, July 16, 2013
Sunday, July 14, 2013
Mini Novella : VILA AMIRA SYAKILA 2
Assalamualaikum u alls ... okeh, setelah menimbang tara dari segenap sudut, saya rasa akan menyambung novel Vila Amira Syakila 2 tapi bukan dalam bentuk novel. Ia mungkin akan merupakan dalam Mini Novella untuk memenuhi permintaan anda semua tentang persoalan akan kehilangan Farra Amalina. Ia tidak akan diterbitkan tetapi saya berikan anda secara percuma untuk meleraikan segala persoalan di Blog saya. Ia juga merupakan HADIAH dari saya buat semua pembaca yang banyak menyokong saya selama ini. ;-)
Satu sahaja saya minta buat anda semua untuk membantu saya bagi menyiapkan mini novella ini. Kepada Anda yang telah membaca Novel VILA AMIRA SYAKILA Saya minta kerjasama anda semua untuk menghuraikan di sini apakah yang anda MAHU TAHU untuk berada di dalam novel VAS 2 versi Mini Novella. Kerjasama anda amat dihargai. Anda boleh huraikan dari no.1 sehingga berapa banyak yang anda suka.
Mudah-mudahan Mini Novella ini akan berjaya. Sekurang-kurangnya dalam tahun 2014 anda sudah boleh membacanya sehingga terjawab segala persoalan yang masih bersarang di minda masing-masing. Terima kasih. Sayang U Alls. ^_^
Thursday, July 11, 2013
Tuesday, July 9, 2013
PEMAIN CINTA : BAB 1 :DENIM MAN VS RED SANDAL
BAB 1
“Sayang, I nak luruskan rambut. Boleh You temankan I?” Farhani meliuk-lentokkan kepala dan tubuhnya
ke badan sasa Hazery agar jejaka itu tidak akan menolak permintaannya.
“Boleh sayang. I pun nak gunting rambut. Dah panjang benar. Rimaslah.”
Hazery tidak menolak sambil membetulkan jaket Denim yang dipakainya.
Farhani terus duduk di atas kerusi empuk yang disediakan oleh pihak salun.
Manakala, kaki Hazery terkaku seketika di muka pintu salun itu. Matanya terpaku
pada seorang gadis yang sedang mengkerintingkan rambutnya hanya separuh di
bahagian bawah dan lurus di atas. Dalam diam hatinya berbicara tatkala mata
bertaut pada seraut wajah gadis yang agak ayu di layar matanya.
Hmmm, cantik juga gadis yang sedang
mengkerinting separuh rambutnya tu. Alis matanya cukup lentik. Aku rasa dia tak
pakai maskara pun. Tengoklah, bibirnya merah jambu semula jadi tanpa secalit
gincu. Pewarna mata langsung tidak disapu. Inilah gadis natural beauty yang paling cantik pernah aku temui tapi ... Mata
Hazery masih kukuh melekat pada batang tubuh serta raut wajah gadis itu. Dia
menganalisa setiap sudut inci yang dimiliki gadis itu.
Spoil!
Semua dah dah perfect tapi boleh dia
pakai red sandal? Aduh! Memang spoil-lah.
Kelakar pula aku tengok. Hazery ingin sahaja ketawa di dalam salun itu namun
dia menahan diri agar tidak melakukan perkara pelik yang boleh menjatuhkan
reputasi dirinya sendiri.
“Sayang. Kenapa you tercegat lagi di situ? Jomlah masuk. You-kan nak
gunting rambut?” Farhani mematikan lamunan singkat Hazery.
“Ramai sangatlah sayang. You-kan nak luruskan rambut, you duduklah duduk.
Gunting rambut kejap aje.” Hazery memberi helah agar perbuatannya sebentar tadi
tidak terbau oleh Farhani.
“Okay. You ni selalu jaga kebajikan I dulu, kan? Ini yang buat I sayang
sangat kat you. Thank you sayang.” Farhani
melayangkan flying kiss buat Hazery.
Gadis itu tidak peduli di mana mereka berada. Apa yang terlintas di fikirannya,
itulah yang dilakukan.
Erk, Yark! Nak bersayang-sayang pun tengok tempatlah. Ini pakat main redah
saja. Memualkan. Denim man yang bikin
aku mahu muntah. Si gadis red sandal yang
digelarkan oleh Hazery mula bersuara walaupun hanya bergema di dalam hati
sahaja. Geli-geleman dia menyaksikan sketsa cinta di antara jejaka itu dengan
teman wanitanya. Dia mula menayang wajah bagaikan hendak muntah darah. Sekali
tengok bagaikan orang terkena renjatan elektrik pun ya juga.
“Are you finish?” Jejaka mat
salih yang menemani si gadis red sandal bertanya apabila rambutnya sudah
siap digunting dan didandan oleh pekerja salun itu.
“Yeah. I’m done. Let’s go?” Si gadis
red sandal mengukir sejambak senyuman buat jejaka yang sudi membayar
harga rambutnya. Bukan senang orang lelaki hendak keluarkan duit sebanyak itu
semata-mata untuk gadis mereka. Kena yang kedekut, hmmm .... jalan.
“Okay baby. I want to finished all my
time today only with you.” Jejaka mat salih itu bersuara lagi sambil
menayang wajah yang cukup tampan lagi memikat. Kononnya.
Apa? Nak habiskan masa dengan aku? Dia ingat aku ni spesis gadis jalanan
yang boleh dia angkut sesuka hati dia ke? You
can go to the hell. Si gadis red sandal itu masih mampu menayang senyuman
yang cukup menggoda dengan dihiasi lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
Hmmm, tidak menawan lagi? Jarang orang mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah
pipi.
“Sure. Before that, I need go to the
restroom first.” Keriangan yang dipamerkannya dapat menutupi segala yang
bermain di dalam hatinya.
“Me too. Let’s go.” Jejaka mat
salih itu juga perlu ke tandas sebagaimana si gadis red sandal. Sudah lama agaknya dia menahan bahan buangan yang
bertakung di dalam salun yang sejuk itu. Si gadis red
sandal hanya membuntuti langkah jejaka mat salih itu.
Hmm, boleh tahan. Bukan calang-calang pakwe dia. Mat salih lagi.
Berkumandang kata-kata itu di dalam hati Hazery tatkala langkah si gadis red sandal berlalu dihadapannya. Bau
haruman dari rambut si gadis red sandal
itu merangsang naluri kelelakiannya tetapi apakan daya, dia tidak bersama-sama
dengan gadis itu. Jika tidak, sudah lama diratahnya segala yang dimiliki oleh
gadis itu. Hazery menggeleng-gelengkan kepalanya apabila dia hanya boleh
bermimpi sahaja untuk memiliki si gadis red
sandal itu.
Kenapa mata aku ni miang sangat nak tengok si red sandal tu? Walhal,
Farhani lagi menggiurkan. Teruk betul cita rasa aku sekarang ni. Tapi, aku akui
dia memiliki sesuatu yang sukar untuk aku nyatakan. Dan sesuatu itu tidak
dimiliki oleh gadis-gadis yang aku dampingi. Namun, aku sendiri tak tahu apakah
sesuatu itu. Pelikkan? Hazery bermain lagi dengan kata hatinya.
Entah kenapa, matanya masih tidak beralih dari melihat ke arah pintu tandas
yang sememangnya terletak berhampiran dengan salun di sini. Dia amat berharap
agar dapat melihat semula wajah si gadis red
sandal walaupun hanya seketika
sahaja. Teruk betul perangai Hazery.
Tiba-tiba bagaikan pucuk dicita ulam mendatang apabila matanya tertancap
pada seraut wajah si gadis red sandal itu sekali lagi. Apakah patut dia
mengucapkan syukur? Dia sendiri tidak tahu mahupun menggambarkan perasaannya di
kala ini. Namun, dia amat suka sangat melihat gelagat si gadis red sandal yang agak selamba itu.
Si gadis red sandal itu terjenguk-jenguk di dalam tandas di mana adanya jejaka
mat salih itu. Kemudian, perlahan-lahan dia melangkah ke belakang dan mula
hendak melarikan diri. Namun, dia tidak dapat berbuat demikian apabila batang
tubuhnya terlanggar seseorang. Molek sahaja dia berada di dalam dakapan seorang
jejaka. Bulat mata si gadis red sandal apabila melihat jejaka yang
terpeluk dirinya untuk menghalang dia dari terjatuh adalah Denim man.
Huh! Macamlah tak ada orang lain yang bisa selamatkan aku selain si Denim man ni. Tengok muka pun aku tahu, spesis
kasanova ni. Dari aku terus berlama-lama di sini, baik aku cabut dulu. Getus
hati kecil si gadis red sandal.
“Maaf. Saya tak sengaja. Pergi dulu. Selamat tinggal dan tak perlu jumpa
lagi. Daa ...” terus dia melangkah pergi setelah melambai-lambai tangan ke arah
si Denim man dan matanya ketika itu
sempat lagi melirik ke arah tandas seakan-akan takut akan sesuatu.
Hazery tidak sempat bersuara, si gadis red
sandal itu sudah lenyap dari terus
berada di hadapan layar matanya. Cepat sungguh bagaikan lipas kudung. Huh!
Namun, seketika kemudian, Hazery melihat si jejaka mat salih sedang menunggu si
gadis red sandal itu keluar dari tandas. Setelah menanti agak lama, jejaka
mat salih itu meminta tolong seorang pengunjung di dalam pasaraya, memanggil
buah hatinya tetapi pengunjung itu memberitahu bahawa tiada sesiapa di dalam
tandas pada ketika ini. Si jejaka mat salih itu tidak puas hati lalu dia
sendiri masuk untuk mencari kepastiannya dan benarlah sebagaimana yang
dikatakan oleh pengunjung itu bahawa tandas itu kosong. Si jejaka mat salih itu
merungut-rungut dan setiap patah perkataan yang dirungut, sempat Hazery
merakamkan di dalam telinganya. Barulah Hazery tahu bahawa si gadis red sandal
itu telah mempermainkannya setelah dia membayar harga rambut gadis itu. Bertuah
sungguh.
Si jejaka mat salih itu pasti ada niat lain dan si gadis red sandal
itu lebih cekap menyelamatkan dirinya. Patutlah langkah gadis itu bagaikan
berada di dalam kecemasan sahaja. Hazery ketawa sendirian memikirkan gelagat si
gadis red sandal bersama dengan
mangsanya.
“Hebat gadis ni. Licik sungguh. Spesis playgirl
juga.” Hazery kembali masuk ke dalam salun untuk melunaskan hajat di hatinya
ketika menemani Farhani untuk ke sini.
http://ilham.karangkraf.com/ karya-detail.aspx?idk=271&idc=4 116
Monday, July 8, 2013
RATING MISS BLUR
1. BEST GILER
2. BEST
3. BOLEH LAYAN
4. BIASA-BIASA AJE
Terima kasih.
Rating KEJAP ADA KEJAP TAK ADA
EA nak tanya kepada peminat-peminat tegar Pembaca Novel Semua tentang novel EA berjudul KEJAP ADA KEJAP TAK ADA. Bagaimana ceritanya? Turunkan komen anda di sini. (Untuk Rujukan Diri Sendiri)
1. BEST GILER
2. BEST
3. BOLEH LAYAN
4. BIASA-BIASA AJE
Terima kasih.
1. BEST GILER
2. BEST
3. BOLEH LAYAN
4. BIASA-BIASA AJE
Terima kasih.
Keunikkan Novel KEJAP ADA KEJAP TAK ADA
1. Berkisarkan kekeluargaan selain Cinta.
2. Keunikkan percintaan Abzariq - Adryssa sehingga tidak terjangkau dek akal kita.
3. Identiti Adryssa merupakan kunci kepada cerita ini.
4. Bebelan Hawadah iaitu ibu kepada Abzariq yang jarang ada pada novel2 lain sehingga pembaca yang membaca KAKTA akan bingit telinganya mendengar suara Hawadah memarahi Abzariq.
5. Ending yang berbeza dengan novel-novel saya sebelum ini. Pasti anda akan katakan " Ahhh!" atau "Laaa..." jika anda sampai ke penghujung cerita.
2. Keunikkan percintaan Abzariq - Adryssa sehingga tidak terjangkau dek akal kita.
3. Identiti Adryssa merupakan kunci kepada cerita ini.
4. Bebelan Hawadah iaitu ibu kepada Abzariq yang jarang ada pada novel2 lain sehingga pembaca yang membaca KAKTA akan bingit telinganya mendengar suara Hawadah memarahi Abzariq.
5. Ending yang berbeza dengan novel-novel saya sebelum ini. Pasti anda akan katakan " Ahhh!" atau "Laaa..." jika anda sampai ke penghujung cerita.
Siapa yang nak tambah lagi tentang novel KAKTA saya, dipersilakan turunkan komen anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)