Thursday, December 16, 2010

FP Junior Sambutan Luar Biasa - Sumber dari Fajar Pakeer

Mulai awal tahun 2010, Fajar Pakeer (FP) telah pun mengeluarkan bahan bacaan untuk kategori awal remaja yang dipanggil FP Junior. Bahan yang sesuai untuk golongan sasaran pembaca 9-15 tahun diterbitkan kerana FP melihat novel bukan untuk satu golongan atau peringkat umur sahaja. Malah kehadiran FP Junior juga untuk memeriahkan lagi industri penerbitan buku di samping memberi kepuasan kepada pembaca.

Kini sudah 12 buku diterbitkan dan lima daripadanya dalam proses pencetakan semula (reprint) iaitu Kerana Siti Munirah, Misteri Tasik Buana, Adam Oh Adam, Mad Mid Mod dan Aku Bukan Penakut. Sambutan luar biasa ini bukan sesuatu yang dijangka oleh FP kerana ada di antara buku-buku ini belum pun sampai setengah tahun di pasaran.

Penerimaan manuskrip untuk novel FP Junior juga semakin bertambah. FP sentiasa membuka ruang kepada penulis baru dan lama untuk berkarya dalam pelbagai tema. Bagaimanapun kami perlu menilai dan menapis ia lebih dulu. Hanya manuskrip yang benar-benar sesuai dengan sasaran pembaca sahaja dipilih untuk diterbitkan.

Kepada sesiapa yang berminat menjadi salah seorang penulis novel FP Junior, hantar manuskrip anda untuk nilai sekarang. Tunggu apa lagi, selamat berkarya dan kami menantikan manuskrip anda!
Untuk sebarang pertanyaan, e-mel ke fajarpakeer@yahoo.com























































































































































































2 comments:

anyss said...

Salam,
Tahniah kepada FP yang ambil inisiatif terbitkan buku2 begini...tambah lagi bacaan remaja


Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

EBRIZA AMINNUDIN said...

salam, betul tu anyss .... bukan sahaja hiburan tetapi ada mesej yg disampaikan.