Saturday, January 16, 2010

Di Mana Pengakhirannya?


Mega yang tenang,
Kini diarak mendung,
Panahan kilat berperangan sesama sendiri,
Hujan mencurah tidak sedar diri,
Mengocak dan terus mengocak,
Kedamaian yang dimiliki



Menyesakkan!
Melemaskan! Sehingga tiada ruang bernafas
Terkapai sendirian, tiada yang menyambut,
Begitu Perit!
Begitu Sakit!

Diasak dan terus diasak
Diuji dan terus diuji
Tiada ruang membela,
Tiada lagi ruang kepastian

Di manakah PENGAKHIRANNYA???
Di manakah PENAMATNYA???
Siapa yang bisa menjawab?
Tercetusnya peperangan ini?




Hak Cipta Terpelihara: Ebriza Aminnudin
15.01.2010.

4 comments:

zia said...

jom berperang kat sekolah nak..hehehe..

Ebriza Aminnudin said...

jom .. hehehe

sharmiza24 said...

amboi hak ciptaan tahniah semoga sukses boleh tumpang heheheeh

Ebriza Aminnudin said...

hehehe ..