SINOPSIS
Impian Norziati hendak menjadi model akhirnya tercapai apabila Syaferry Agensi membuat ujibakat secara terbuka. Namun, Syafrizal pemilik agensi itu telah menolak Norziati bulat-bulat dek kerana wajah gadis itu tidak memenuhi kriteria yang dicari oleh agensinya walaupun bakat Norziati memang menyerlah.
Norziati tidak berputus asa, lalu dia merawat wajahnya atas cabaran Syafrizal dan datang semula untuk sesi ujibakat. Syafrizal tetap dengan egonya tidak mahu mengambil Norziati namun Erry rakan kongsi Syafrizal berkeras menerima Norziati kerana gadis itu memiliki bakat semula jadi yang luar biasa dalam bidang ini. Syafrizal terpaksa akur.
Perbalahan demi perbalahan sering terjadi antara Syafrizal dan Norziati walaupun gadis itu sudah melakukan yang terbaik untuk agensinya. Tidak cukup dengan itu, gelaran demi gelaran saling dilemparkan di antara satu sama lain membuatkan agensi itu tidak sunyi dengan kerenah kedua-duanya yang amat mencuit hati.
Sehingga bilakah perbalahan ini akan berakhir? Walaupun bibir mengucap benci namun masihkah ada rindu yang hadir di antara mereka berdua?
PrOmO:
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Serentak Syafrizal dan Erry membalas salam yang diberi. Terkedu kedua-dua pemuda itu melihat Norziati berdiri di hadapan mereka dengan wajah yang cukup bengis sekali.
Beberapa kali Syafrizal tertelan air liurnya. Alamak... tak balik lagi ke dia ni? Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Habislah... Syafrizal tidak lepas-lepas memandang ke arah Norziati yang masih tajam memandangnya. Bagaikan hendak telan Syafrizal hidup-hidup lagaknya.
“Saudara yang perasan tampan, kalau tak suka saya pun janganlah menghina saya sebegitu rupa. Walaupun rupa saya begini tapi saya mempunyai bakat yang boleh menggegarkan agensi saudara tau. Saya akui muka saya agak malap tapi itu tidak menjadi soal kan untuk berjaya dalam bidang ni? Kalau di luar negara, orang yang hitam legam pun mampu menjadi top model, apalah sangat muka saya yang malap ni. Dia orang tak kisah pun untuk mengambil model yang legam tapi kenapa saudara kisah sangat? Inilah yang dikatakan tak mengikuti perkembangan semasa. Tau nak menghina orang saja. Cubalah kembangkan minda tu sikit, barulah boleh berjaya.”
Pembelaan diri sudah dilakukan. Norziati berasa lega setelah apa yang hendak diluahkan telah dikatakan. Muncung sahaja Syafrizal apabila dirinya pula dikritik sedemikian rupa. Manakala Erry mengambil posisi mendiamkan diri kerana sketsa ini begitu enak sekali menyapa ruangan matanya.
“Saudari, tolong jangan nak bandingkan diri kita dengan mereka yang berada di negara luar kerana budaya mereka dan kita tak sama. Di sini kita lebih mementingkan kecantikan dan orang yang cantik pasti akan mendapat tawaran yang lebih hebat. Saya tak nak ambil risiko untuk model yang mungkin tak akan laku seperti awak.” Hina lagi. Itulah Syafrizal yang terlalu tinggi egonya.
Norziati menggetap bibirnya. Geram. Teramat sangat. Dia hina aku lagi. Memang nak kena dah. Dia tidak mudah mengalah.
“Saudara Syafrizal, awak ni memang suka menghina orang, kan? Bagi saya kalau wajah saja cantik tapi bakat tak ada tak guna juga. Macam orang dungu saja, minta lain buat lain. Agaknya awak memang suka model yang macam tu. Kalau ada yang kompelin mulalah nak menggelabah. Lepas tu salahkan model pulak. Awak memang berfikiran singkat,” kata Norziati mula buat Syafrizal berang.
“Hei, awak jangan cakap sesedap mulut ya. Kalau benar awak hendak menyertai agensi saya, rawat muka awak tu dulu. Lepas tu datang jumpa saya semula. Faham?” Syafrizal sedikit berkasar.
Berombak ganas dada Norziati. “Baik. Saya sahut cabaran awak. Kalau sekali lagi saya datang, jangan awak tolak saya semula. Kalau tak, awak memang tak berpegang pada janji.”
Norziati juga seiring sebagaimana Syafrizal.
“Deal,” balas Syafrizal akhirnya.
“Bagus. Jumpa dalam beberapa minggu lagi,” ujar Norziati sambil berlalu.
Erry hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat sketsa yang agak mencuit hati. Dah kena dah buku dengan ruas. Hik, hik, hik. Erry tersengih di dalam hati.

TINTA PENULIS:
Mini novella ini pertama kali saya hasilkan dalam projek terbaru Fajar Pakeer. Mungkin banyak kelemahannya tanpa saya sedari, namun saya harap Mini Novella yang bersifat 100% santai ini akan memenuhi selera pembaca saya. Terimalah BENCI TAPI RINDU seadanya. Nantikan kemunculannya dalam masa yang terdekat ini. ;=)
2 comments:
tak sabar dah ni hehehe
zia,
hik hik hik... sabar ... sabar .... ;=))
Post a Comment