Thursday, August 26, 2010

Promo Vila Amira Syakila Gabungan Suara.

Assalamualaikum untuk semua pengunjung Ruang Rindu. Di sini saya paparkan lagi satu promo untuk Novel Vila Amira Syakila versi Gabungan Suara. Adakah anda suka versi promo yang sebegini? Atau anda ada cadangan lain untuk melihat promo2 novel yang berlainan? Kongsikan pendapat anda dengan saya. :-)

video

Saturday, August 21, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq


Assalamualaikum,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq kepada seluruh umat Islam. Sudah 11 hari kita berada di dalam bulan puasa.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan sekiranya ada perilaku saya yang tidak disenangi dan kata tutur saya yang bisa mengguris perasaan Anda semua. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan memberi seribu erti buat kita semua dan memberi seribu kebahagiaan yang didambakan.

Semoga Allah Memberikan Kamu PELANGI untuk setiap ujian,
SENYUMAN untuk Setiap Tangisan,
RAHMAT untuk Setiap Cubaan,
KEKUATAN untuk Setiap Dugaan,
MAKBUL untuk Setiap Doa.

Thursday, August 5, 2010

Full Version Of Promo Amira Syakila

Apakah yang terjadi apabila makhluk hodoh Amira Syakila mengamuk?
Mampukah Emmelyn bertahan di vila itu atau dia mengundur diri daripada terus menetap di sana?

Apakah yang terjadi sebenarnya sehingga Amira Syakila kembali ke dunia nyata?????

video

Tuesday, August 3, 2010

Promo VILA AMIRA SYAKILA kiriman Peminat MISTERI ...

Sudahkah anda bersedia untuk mengharungi vila penuh mistik bersama Farra Amalina atau dengan panggilan manja, Emmelyn? Adakah anda akan bertahan dengan Emmelyn di Vila Amira Syakila selama 3 hari atau anda tidak sanggup dan membiarkan Emmelyn bersendirian di vila itu? Apa yang ada di vila itu? Kenapa Emmelyn diganggu? Apa yang membuat Makhluk Hodoh Amira Syakila begitu meradang sehingga ingin membalas dendam? Saksikan Promo Ini ...

video